LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Wednesday 31 December 2014

Hari Terakhir 2014

Harini hari terakhir untuk tahun 2014.

Meh throw back sikit apa yang dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni (ni antara yang aku ingat la)

1. Dah 2 tahun kerja kat opis sekarang
2. Berniaga kerepek popia seaweed ngan sambal kacang..Memang untung...  Tapi pastu terstop pulak..Ni mungkin sbb x cukup ilmu..Haha
3. Dah x jadi owner utk Si Purple lagi (T__T).. Sedih memang sedih..Tapi aku terpaksa.. Jadi sebagai tribute dan bukti kasih sayang aku terhadap Si Purple, aku gantikan dia dengan "Si Purple" jugak.
4. Pertama kalinya dalam hidup menghadiri seminar oleh Dr.Azizan. Nice & awesome. Semoga ada ilmu bermanfaat yang aku perolehi melalui seminar tu.
5. Berjaya menyusukan Syafi secara eksklusif sampai umur dia 1 tahun 8 bulan (lebih kurang)
6. Mengandung :)

Eh x kan itu je? Ala cam sikitnye lahai.... Rasanya memang banyak pun benda yang aku impikan macam x tercapai .. Tapi aku harap tahun depan akan bagi sinar baru dalam hidup aku.

Azam untuk tahun depan? Berderet... Harap2 mampu la dicapai..Aminn

Tapi tahun 2014 memang mencabar. Banyak kejadian yang berlaku yang memang meyentuh jiwa raga aku. Antaranya :-

1) MH 370
2) MH 17
3) Peperangan di Palestin
4) Suami Sad (kawan aku) meninggal sebab kena langgar lari. Memang sadis kisah dia
5) Kawan aku (Faris) meninggal waktu tidur sebab dipercayai ada masalah dengan jantung. Arwah meninggalkan seorang balu & seorang anak kecik yg waktu tu baru berumur 6 bulan. Ni pun sadis . Arwah Faris ni kawan sejak matrik .. :'(
6) Banjir teruk di Pantai Timur
7) Air Asia QZ8501

Etc..etc..etc...

Bila ingat balik kisah2 tragis ni, memang senang je air mata nak turun. Semoga mereka yang terlibat secara langsung dengan semua kejadian ni tabah hadapi kehidupan.

Jadi walaupun tahun 2014 mungkin bukan terlalu "baik" untuk aku, tapi sebenarnya ramai orang yang terpaksa berdepan situasi yang lebih sukar dan mencabar berbanding aku. Konsepnya kene bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa berusaha untuk jadi manusia lebih baik & berguna...

Selamat tinggal 2014.. Kita memang x akan pernah berjumpa lagi.. :'(

Friday 12 December 2014

MALAS SESANGAT

Mase kecik2, Ibu aku slalu marah kalau aku buat perangai malas2 dalam melakukan sesuatu. Aku ingat lagi ayat yang Ibu selalu dok ulang2 kat aku " Cuba jangan ada perkataan MALAS dalam kamus hidup kamu"

Dah besar2 ni pas kawen ni suami aku pun slalu gak pesan jangan suka malas2.. Lagi2 la tym tengah pregnant ni kan.. Sebab dia cakap, kalau mak baby malas, kang anaknye lahir pun malas2 jugak.. Ye ke?? Bukan ke orang tgh pregnant mmg slalu cepat penat pastu cam x cukup energy pastu cam need extra rest? Kankankan? Hiksss

Ok tu je nak tulis. Sebab nak tulis banyak pun rasa MALAS..Bhahahahaha :D





Friday 14 November 2014

Gunting Rambut Anak

Baru aku sedar harini genap Syafi berumur 1 tahun 10 bulan.. Dah besar dah anak bujang aku tu..Cepat sungguh masa berlalu....

Sepanjang dia hidup di muka bumi ini, cuma sekali je dia pernah gunting rambut dekat kedai. Tu pun sebab waktu tu Atuk dia bawak naik motor jalan2, pastu terus g kedai gunting rambut tanpa pengetahuan kami.. Bile balik daripada kedai tu, tercengang je aku nengok kepala Syafi da gondol..Hahaha.. 

Hair stylish Syafi selama ni Papa dia tu je la. Kebetulan kat rumah aku memang ada mesin gunting rambut tu. jadi kalau rase rambut Syafi da perlu dipotong, memang papa dia je la yang akan uruskan semua tu. Sonang.. X payah bersusah payah g kedai.. Jimat pun jimat..Bahahaha


Ni rambut anak bertuah sebelum dipotong. Da panjang. Dia memang tengah aktif di usia camni. Hobi dia sekarang ialah masuk dalam bakul mainan dia untuk hiburkan diri. Pastu main lari sana lari sini sepahkan rumah sampai berpeluh2..Mama x paham apa yang best sangat sampai awak suke duduk dalam tempat sempit camtu nak oii.... (-_-')

Jadi Papa dia amik keputusan untuk gunting rambut dia...

Cara yang biasa kami lakukan:-

1. Siapkan perkakas untuk gunting rambut
2. Letak kerusi makan dia dalam tandas depan cermin (kami gunting dalam tandas. Sonang nak bersihkan rambut yang dah dipotong)
3.Sediakan mainan untuk dia main.Letak dalam gayung, letak air & sabun sikit bagi dia khayal.
4. Mulakan proses memesin & menggunting rambut.











 Dan setelah sesi mesin memesin gunting menggunting selesai, ini la hasilnye ye Tuan-tuan dan Puan-puan


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




So how do I look? Handsome x saya? Ada gaya cam potong kat kedai x? Mihihihihihi :D

Thursday 13 November 2014

Perkara kecil yang sangat bermakna

Syok x berkahwin?

Nak jawab syok atau x syok, it depends macam mana pasangan suami isteri tu melayari bahtera perkahwinan masing2..

Macam aku, aku kahwin ngan En.Asbeng after 6 tahun gak la bercintan cintun.. Kire lama la jugak tu kan. nasib baik la percintaan tu berkekalan spi kahwin..Kalau couple bertahun-tahun pastu x jadik kawen x ke haru..

Walaupun kenal En.Asbeng long before kami kahwin, sebenarnye itu bukanlah tiket yang menjanjikan aku dah kenal dia luar dalam semua2.. Alam bercinta ngan berkahwin x sama ok..memang x sama.. X sama dari segi apa? ye la, dulu mana tinggal serumah, so mana lah kite tau semua2 pasal dia.. Dia pun xde la tau semua baik buruk aku.. Lepas kahwin, lepas dah tinggal serumah, duduk sebumbung, tidur sekatil sebantal, ko dah xde apa2 rahsia dah dengan pasangan ko.. Unless ko memang seorang pasangan yang hebat gile berpura-pura..Hahaha..

Bile dah kahwin, ko akan lebih kenal pasangan ko daripada sekecil-kecil bende pasal perangai dia sampai ke sebesar-besar perkara. 

Dari dulu lagi , aku memang la tau En.Asbeng agak pengemas orangnye.Contohnye, wallet dia tu memang sentiasa ter organize..Kalau duit tu, memang dia terus susun ikut susunan lepas dapat balance drpd cashier.. Aku pulak, memang jenis orang yang suke je sumbat segala mak nenek resit la duit ke ikut suka hati. Pada aku, nanti bebile free aku akan susun la jugak semua tu dan akan buang memana resit yang patut dibuang.Tapi later la..Haha.. Dulu, dia selalu la tulong kemas wallet aku, tolong organize handbeg aku which aku memang berterima kasih la jugak..Time tu x de la aku rasa dia nak check berapa hengget aku ada dalam wallet pun..Lagipun zaman belajar mana ada duit sangat pun dalam wallet kan...Eh, tapi zaman kerje pun cam stil x de wet dalam wallet ek?..Hihi...

Ok tu cuma 1 contoh je la antara banyak contoh2... Bile dah kahwin, barula lebih banyak aku tahu mengenai dia..

Dia memang suka mengemas rupanya.Lucky me.. Aku pun suka jugak kemas2 rumah ni, tapi kemas gitu2 jelah..Hahaha.. kalau dia mengemas rumah, memang detail kot. Takjub aku.. Dia jenis yang kalau kemas, siap vacuum carpet, mop lantai pe semua tu.. Aku plak jenis yang slalu cuma sapu2 sikit2 je asalkan xde sampah kelihatan..Pastu dalam sebulan berapa banyak kali ntah dia ubah susunan sofa la itu la ini la..Bosan tgk deko yang sama katanya..Hihihi

Aku jenis selalu simpan makanan extra la apa la dalam peti ais..X mo buang sebab x nak membazir la konon..Kadangtu sampai dah rosak da makanan tu tapi x perasan sebab sayang nak buang..Haha.. Kang dia la yang akan bersihkan & susun item2 dalam peti ais tu.. Yelah, dia kan x suka tengok sepah2 ni..

Dia jugak pakar membersihkan tandas kat rumah. Tandas aku Alhamdulillah la memang jarang kotor. Xsempat kotor dia da sental itu ini..Hihi..kalau kotor pun sebab aku punye masalah rambut gugur je la kot..Kikikiki...

Ehh..tapi aku x pernah la amik kesempatan atas kebaikan dia tau.. Cuma memang la aku sangat2 bersyukur dapat suami sebaik & sebest dia itu.. Pompuan mana x nak laki yang rajin tolong isteri kan..

Yang penting, kami jugak selalu buat urusan rumahtangga sama-sama...Walaupun untuk perkara2 yang kecik.. 

Dia tolong hiris bawang & sediakan bahan2 nak masak, aku jadik tukang masak.. kadang tu vise versa..  

Dia kemas meja pas makan, aku basuh pinggan & kemas dapur..

Dia/aku basuh kain (ni just tekan button start kat mesin tu), kami akan sama2 sidai.. Dia sidai kain yang besar2, aku sidai kain yang kecik2.. 

Dia angkat bakut kain yang dah kering, kadang tu kami lipat baju sama2.. Kalau dia x lipat pun, dia akan temankan aku lipat kain sambil tengok TV..

Dia sediakan susu untuk Syafi & bagi Syafi susu, aku cuci botol2 yang dah kotor..

Dia bersenam pagi2 kat mesin senaman EziTone dia, aku iron baju kerja tiap pagi depan mata dia. Ni saje temankan each other di pagi hari...Sambil tu tgk la rancangan Tanyalah Ostad/ boleh borak2 kisah mimpi malam tadi, etc..

Tu kisah kami.. Cara kami treat each other dengan rutin yang sama hampir setiap hari. Walaupun nampak kecik, tapi sebenarnye bende tu sangat bermakna. Yelah, sama2 kerja, sama2 penat.. Jadi kalau dapat tolong pasangan untuk sekecil2 perkara sekalipun, isn't it sweet & nice? 

Jd kawen ni bukan semata2 sebab cinta ye tuan-tuan dan puan-puan.. Its more than that.. Lebih pada tanggungjawab gak sebenarnya. 

I'm still in the process of learning jugak.. Pepun, semoga dapat bersama ngan En.Asbeng sampai syurga...

:D




Dugaan Mengandung

Kisahnye begini..

Aku baru je bukak buku merah kat Klinik pada hari Selasa minggu lepas( 4/11/2014) sewaktu kandungan dah berusia 11 minggu. Kalini aku sengaja je x ngaku yg aku ada history family member menghidap kencing manis sebab aku x nak kne minum air gula di awal kehamilan.. (Ok, jangan tiru bende ni.. x baik). kenapa aku x mo ngaku perkara sebenar??Sebabnye, masa ngandung kali pertama dulu, akibat pengakuan aku tu la aku kene minum air gula waktu awal2 kehamilan walaupun kandungan gula dalam darah aku normal..

Aku cam seriau gile bile membayangkan kene minum air gula weyh. baru sebut je da boleh buat kembang tekak. 

Nak di jadikan cerita, waktu buat pemeriksaan darah & urine pe semua tu, ujian makmal menunjukkan kandungan gula dalam darah tinggi la pulak.. Adoiii.. Hamek kau.. Aku rasa ni berpunca sebab sehari sebelum aku wat check up tu aku dah terbantai makan pelam manis ngan tembikai. Selain tu aku rase aku xde la menelan apa2 yg berpotensi buat kandungan gula jadi tinggi rasanya. Sadis sangat kan T_T

Jadi nak x nak aku terpaksa la jugak kene minum air gula walaupun aku dah buat taktik nak escape bende tu. Menciwwww.... Aku rasa ni antara pengalaman paling mengerikan sepanjang mengandung la..Bahahaaa...Boleh gitu?

Jadi semalam aku pergilah klinik untuk minum air gula seperti yang diarahkan. Sebelum minum air gula, nurse akan amik darah dulu. Nurse cucu lengan kanan 2 kali, darah x mo keluar. pastu dia cucuk pulak tangan kiri. Pun kene 2 kali gak, darak still x mo keluar.. Pastu dia suruh aku g amik darah kat bilik rawatan ngan staff lain sebab dia x mo dah cucuk aku lagi. Ok fine...

Dalam bilik rawatan, memula staff in charge kata nak cucuk tangan kanan.. dah ready nak cucuk (sikit lagi jarum nak masuk kulit aku) boleh pulak dia stop sebab dia kata , "jap..apa kata kita tengok tangan kiri pulak.. urat awak ni macam halus sangat.." Boleh eh gitu? Aku ikutkan je la sebab malas la kan nak banyak bunyik..kang kalau darah x keluar kang tangan aku gak yang sakit.. Ye dopp? Luckily la darah aku sudi bagi kerjasama.. hahaha...

After that barulah aku diberi minum air gula.. Besar bak hang dia punya mug..


Ni saiz aku minum air panas yang berperisa choc/teh/kopi/etc kat rumah.. Selalu tu aku nak manghabiskan air berperisa dalam mug ni pun lambat.. Ko rase kalau air gula dalam mug ni berapa lama masa yang akan diambil untuk menghabiskannye? Pitam mak nokkss..

Tapi yang bestnye, kat klinik tu dia suruh amik mug tu & minum kat seat luar bilik rawatan.. So aku dapatla minum perlahan2 dan yang penting bukan depan nurse. Time waktu ngandungkan Syafi dl mmg stress gile kot nak minum sebab nurse tu tengok kite minum.. So aku sambil minum sambil wassap & ber fb, & siap sempat baca blog..Haha.. Dekat setengah jam jugak la aku minum. tu pun sebab ada sorg budak kecik berdiri depan aku nengok aku minum..Kikiki.. ikut hati, kalau la En.Asbeng aku ada di sisi waktu tu, sudah tentu aku akan paksa dia tlg minum sikit/ tolong buang sikit air tu ke mana2 tempat yang boleh dibuang..Hahaha.. Semalam dia x dapat ikut buat check up sebab dia ada kursus.. Jadi aku kenalah berdepan dengan situasi sukar tu berseorangan..Cewah sukar la sangat kan.. Iye, memang sukar okeyyyhhhhh!!!

Amazingly, kalini aku x muntah pun minum.. Alhamdulillah.. Tapi lepas minum tu memang aku ada minum air masak untuk cuci tekak aku awalaupun sebenarnye dia kata x boleh.. Ampunn..Saya terpaksa.. Malam sebelum buat ujian ni pun aku cuma berpuasa makan je. Minum air masak still minum..haha.. X boleh la x minum air..Haus sgt gamaknye...

Dah lepas minum air gula tu aku dibenarkan balik rumah jap & selepas 2 jam aku disuruh datang balik untuk amik darah kali kedua. 

Kali kedua aku datang, aku terus pergi ke bilik rawatan untuk ambil darah. 2 kali dia cucuk kat lengan, darah aku x mo keluar pun.. Dah agak dah mesti percubaan pertama x berjaya punye.. Cisss... Staff tu siap suruh senior dia yang amik darah aku. Kali ketiga tu dia bukan amik kat lengan dah.. Dia amik kat belakang tapak tangan.. Sakit gile kot..Tapi nasib baik la darah keluar...Kirenye total cucukan jarum untuk aku sepanjang hari semalam adalah 8 kali. 2 berjaya, yang lain hampeh.. Sobssss.. Takpe, redha sajelah kan..Ni lah pengorbanan ibu kekdahnye...

Ok mengandung kali ni memang berbeza sangat dgn waktu ngandungkan Syafi dulu. Alhamdulillah x de morning sickness mabuk2 semua tu. Cuma ada la sekali sekala muntah. tapi xde la teruk sangat. Boleh di handle la.. Makan pun semua ok je..Xde ngidam bende2 pelik lagi wat setakat ni.. semoga urusan kehamilan kali ni akan dipermudahkan.. Aminnn :D 

Meh aku belanje sikit pic adik baby yang aku snap kat masin imbasan ultrasound waktu 1st time bukak buku aritu. Ni dengan muke slumbernye aku mintak izin kat doktor tu nak tangkap gambar baby sebab dia x print out gambar tu..Hehehe..






Tuesday 4 November 2014

Dia & Susu Formula

Beberapa minggu lepas aku menghadapi  masalah nk bagi Syafi minum susu formula.. Macam2 cara aku cuba try test, tapi Syafi still x nak minum susu formula kalau kat rumah sendiri. Tapi  kalau kat rumah pengasuh dia, nak tak nak memang dia terpaksa minum la walaupun x banyak kan..

Pastu melalui hasil " googlean" dan korek2 ngan kengkawan, aku rasa punca Syafi x mo minum mungkin dia x berapa suka kot rasa susu tu..Waktu tu aku bagi susu Dugro rasa asli.. Jadi aku decide tukar susu lain yang ada perasa sikit.. Syafi ni aku perasan dia memang suka makan.. Bagi la ape pun dia memang suke telan.. Ada terfikir nak try Dugro perasa buah untuk dia, tapi aku pikir2 balik baik dia dapat khasiat buah daripada buah sebenar je kan.

Pastu aku decide amik Dugro perisa Kurma & Madu sebab memikirkan Syafi memang suka makan madu, tapi kami jarang bagi dia madu & kurma sebenar.. So harap2 dia dapatla khasiat daripada kurma dan madu tu..

Kali pertama aku beli susu tu, aku tak sengaja tersalah amik yg untuk umur 3-6 tahun punye.. sengal je kan.. Bende basic camtu pun blh cuai..Hihi.. Esoknye aku terpaksa pergi balik semula kedai tu untuk tukar susu yang sesuai dengan umur Syafi..

Malam tu En. Asben try bagi Syafi susu Dugro Kurma & Madu tersebut. Surprisingly, dia minum 5 oz habis.. Kami terus jakun gile sebab bende tu x pernah berlaku sebelum ni..Haha..nampak la sinar harapan sikit kan..

Mulai hari tu, Syafi dah boleh la minum susu formula kalau kat rumah.. Kadang2 banyak, kadang2 sikit.. Syaratnye kene En.Asben yang temankan dia minum susu.. Kalau aku yang  buat susu pastu aku aku suruh dia minum, memang tidaklah dia menyedut puting botol tu pun.. Anak-anak kecik ni sebenarnye memang bijak kan... Waktu aku tulis ni dah dekat seminggu kami bagi Syafi susu tu utk Syafi..So far ok la..Alhamdulillah dia x de masalah sembelit ke cirit birit ke etc..

Cuma waktu balik kerja, malam sebelum tidur & time dia terjaga tengah malam, aku still la kene BF dia..Mama bagi mana yg termampu la ye Syafi ye...

:)


Wednesday 15 October 2014

Hadiah Untuk Adik...

Adik bakal kesayangan Mama...

Alhamdulillah, Mama tau berita kehamilan Mama pada 4/10/2014, sehari sebelum Hari Raya Haji yang lepas.. Papa belikan urine pregnancy test & keputusan ujian menunjukkan Mama hamil..  Mama belum confirmkan lagi dekat mana2 klinik tapi mama yakin Adik memang dah ada dalam rahim Mama saat ni..



Kalau ikut kiraan, usia Adik sekarang mungkin lebih kurang 8 minggu..Be good inside ye Sayang..

Harini Mama beli sesuatu yang indah dan istimewa untuk kita berdua... Semoga dengan adanya hadiah ini ikatan antara kita akan lebih kukuh & indah..

Mama sayangkan Adik kerana Allah.. And I love U unconditionally..
Unconditionally..
Unconditionally..



Dulu masa Mama mengandungkan Abg Syafi, Alhamdulillah Mama berjaya khatam al-Qur'an sekali sebelum Abg Syafi lahir.. Kalini Mama harap Mama akan berjaya buat perkara yang sama untuk Adik jugak.. Sebab Mama nak Adik tau Mama gembira nak terima Adik sama macam Mama gembira waktu nak dapat Abg Syafi dulu..

Mama harap roh bacaan Al-Qur'an ni akan buat Adik tenang & nyaman dalam rahim Mama.. Adik tau kan Mama ada banyak waktu terluang dalam opis.Jadi Mama decide untuk beli sebuah Al-Qur'an beserta terjemahan ni untuk bacaan dekat office di waktu lapang.. Semoga Mama istiqamah dengan azam Mama ni..

Semoga Adik akan jadi anak yg soleh/solehah yang akan memudahkan perjalanan Mama & Papa ke syurga firdausi.. Semoga Adik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk Mama  & Papa di dunia & di akhirat.. Semoga Adik akan menjadi penyambung amalan Mama & Papa apabila kami berada di alam baqa' kelak.. Begitu jugak harapan Mama terhadap Abg Syafi..

Mama love you both.. 

I knew I loved before I met U, Adik...









Monday 13 October 2014

Percubaan Weaning Off? Sedih lagi menyedihkan..

Syafi dah berumur 1 tahun 9 bulan.. 
Memang aku kalau boleh nk susukan Syafi spi umur dia 2 tahun.. Tapi, atas sebab-sebab tertentu aku rasa aku macam kene start ajar dia weaning off daripada sekarang..
Aku rasa susu cam dah mula berkurang.. Syafi tu pulak pantang nampak aku rileks2..Mesti dia suruh aku baring untuk susukan dia.. Pastu kang dia sedut la susu sekuat hati..Kadang tu siap gigit2 lagi, maybe sebab susu x banyak sangat kot..

Hari Sabtu lepas, aku dan En. Asbeng bersepakat nk try beli Formula Milk ("FM") untuk stok kat rumah.. Kat umah baby sitter memang kitorg ada bekalkan susu FM, tp kat umah aku memang direct feeding je Syafi tu.. Tu pasal la x pernah ada stok susu FM kat umah kami.

1st time Papa dia try bagi dia FM guna botol, meraung2 dia x nak.. Lastnye terbuangla sebotol susu tu..Petang tu aku cuba cakap kat dia, explain kat dia kenapa dia kena belajar minum FM kat umah sendiri.. Aku cuba bagitau dia sambil usap2 kepala dia waktu dia tengah menyusu.. Sayu je rasa hati weyh.. Ntah dia paham ke idok la kan, tapi aku bagitau je jugak.. Senang kata percubaan bagi FM sepanjang hari Sabtu GAGAL..

Hari Ahad, aku & suami cuba lagi nk latih dia minum FM.. Aku duduk dalam bilik waktu En. Asben bagi Syafi minum guna botol.. Daripada 5oz, Syafi dapatla telan 2 oz..Tu pun dengan penuh kepayahan katanya..  Pastu dah tertidur.. Hihi.. waktu dia tidur tu, aku try letak secolet kecik asam jawa kat breast.. Ni pun member aku yang ajar sebab time dia suruh anak dia stop menyusu dulu dia buat taktik camtu.. 

Bila Syafi bangun tido, bende pertama yang dia carik of course la susu.. macam2 cara aku buat untuk alihkan perhatian dia.. Papa dia pun buat2 marah & paksa dia minum FM dalam botol..Dia sekarang dah pandai takut bile kene marah.. So dia paksakan la diri dia minum..Tu pun berkurang 1 oz je.. Sian sangat aku nengok dia minum sambil terkebil, mulut mencebik pastu air mata bertakung.. Sedih weyh.. Paham x perasaan tu???

Bila Papa dia bangun g bilik jap, cepat2 dia cam pujuk aku ajak baring untuk susukan dia.. Sebab aku x sampai hati, aku ikutkan je la.. Tapi bila dia minum susu aku, dia terus buat muka pelik + nak termuntah sebab agaknye rasa asam jawa tu dia x ley terima kot.. Xdapat telan susu belah kiri, dia cuba pulak mintak susu belah kanan.. Pun sama.. Dia wat gaya orang nak termuntah tu.. Pastu dia lari drpd aku utk g main toys dia..

Tp kejap je la dia g toys pun..Pastu dia dtg lagi kat aku mintak susu..Tapi still x dpt nk terima susu aku sbb rasa pelik kan... Sian sangat ok.. Time tu aku memang dah rasa sedih sgt tgk keadaan dia camtu.. Bila try pujuk nak bagi FM mmg dia tolak terus.. Pastu En. Asben cakap kat aku , " Yang, g la basuh nenen tu.. Sian lak Abg tgk Syafi ni"..

Aku terus cepat2 basuh nenen sbb mmg aku kesian sgt2 tgk dia.. Bila dah basuh, aku panggil r Syafi nk bg dia susu.. Pastu dia tgk susu aku, dia cakap,"takut.." Pastu dia selambe je main toys dia.. Bile dia cakap camtu kat aku, terus je otomatik aku nengis..Uuuu sdeynyerrrrr T_T

Rasa cam sayu sangat weyh.. Tibe2 rasa ragu2 betul ke tindakan aku ni.. Macam baru semalam aku lahirkan dia, tiba2 dah nak suruh dia stop menyusu badan.. Owh sadisnyer..X caye dia dah sebesar ini.. Memang meleleh2 dah air mata aku time tu..X memasal je aku jadi seorg yg sentimentalnye lahai.. Waktu aku tgh berjurai-jurai tu kan, tetibe Syafi tgk aku, dtg kat aku, pastu  dia cakap , " nak susu..." & dia terus baring kat aku... Aku dapat rasa dia faham aku punye perasaan wktu tu & dia cuba pujuk aku..

Aku peluk dia kuat2 sambil susukan dia cam biasa.. Sambil tu air mata meleleh2 x mo berenti ( eh, nape time taip ni pun ada air mata meleleh ni?..haha )

Aku x tau la camne cara yg seswai & betul utk ajar dia berenti menyusu.. Sebab mungkin aku & dia sebenarnye masing2 belum bersedia kot.. Ntahlah...

Tapi aku sentiasa berdoa, kalau Allah izinkan aku teruskan bagi dia susu, semoga aku diberi tenaga, kekuatan & kesihatan utk meneruskan penyusuan ini.. Dan andaikata menghentikan penyusuan adalah pilihan yg lebih baik utk waktu terdekat ini, semoga Allah akan mempermudahkan jalan untuk aku menghentikannya.. Aminn..

Kesimpulannya, percubaan aku untuk weaning off telah GAGAL.. 
Love of my life...



Monday 29 September 2014

Mesin Jahit Saya : GSM-505

Aku selalu terasa teringin nak ada mesin jahit sendiri. Beberapa bulan lepas lagi dah terdetik nak beli mesin jahit, tapi asyik x jadi je.. Ada la survey beberapa jenis mesin jahit jenis mini yang murah2 tu.. tp kenapa entah penyudahnye xde pun beli..Hahaha.. 

Tetibe last week perasaan tu muncul kembali. kali ni lebih membuak-buak.. Pastu aku start la buat survey utk kesekian kalinya berkenaan mesin jahit yang murah2 dan best.. Maka terjumpalah banyak blog2 yg tulis pasal Mesin Jahit Global GSM 505. Ada 1 kedai jual mesin jahit kat FB tulis harga yang dia blh offer ialah RM270.00.. owh idok la teman nak beli klu mahal camtu..sebab aku punye bajet ciput je..Sengaja x mo carik mesin yg mahal2 supaya kalau x digunakan kang x de la rasa membazir sangat..Hehehe..

Aku try la buka kat Lazada.. kebetulan sangat la waktu tu ada promosi Mesin Jahit tersebut... Macam orang mengantuk di sorongkan bantal sangat kan.. 



RM 159.00 je kot.. Pastu ada pulak voucher diskaun RM10.00.. So total RM 149.00 sahaja.. Dah la free delivery. So aku terus je kompiden nak beli mesin jahit tu..Malas nak berpikir panjang dah.. Booking & buat bayaran hari Khamis, barang sampai hari Jumaat. Diorg hantar guna perkhidmatan GDEX ke alamat opis aku.



Balik keje tu memang x sempat nk bukak kotak tengok barang apa semua sebab petang tu nak balik kampung. So letak je la dl atas meja dl...Mintak maap la mesin jahit,  bukan niatku nak meminggirkanmu.. 

Malam Ahad bile sampai ke rumah sendiri selepas menghabiskan cuti hujung minggu di kampung, terus aku bukak mesin jahit aku tu. Eksaited wooo....



Camnilah ghoper mesin jahit pertamaku.. Menarik kan.. Dia ada fungsi 8 jenis jahitan.. Pastu ada pedal kaki. Pastu dia ada jugak fungsi menjahit secara otomatik (tapi tu aku x sempat belajar lagi). Nanti aku belajar bersungguh-sungguh ek :p

Biasa la kan, bende baru dapat, so rasa jakun terelebih la. Terus aku try jahit baju kelawar aku yang dah usang dan koyak rabak.. Hihihi.. ... Aku sayang sangat baju ni sebab baju ni laki aku hadiahkan masa aku belajar dulu.. Dah berapa kali dah dia suruh buang sebab dia cakap baju ni dah layak buat kain lap.. Walaupun aku memeng dah x pakai pun baju ni, tapi aku tetap sayang.. Ada sentimental value sgt la konon..Kikikikiki... :D So inilah hasilnya..Jengjengjeng


Kemas gak la jahitan dia..Not bad.. I'm a happy customer.. Yeayyyy :)


Pastu sebab tengah jakun terlebih, terus amik baju2 yang jahitan dia mcm nak tetas, terus jahit.. Kihikihkih.. Nampak x betapa jakunnye aku.. 


Aku dah berazam nak try jahit cadar beserta sarung bantal ni. Nanti bebile ada masa nak beli kain meter la nak jahit cadar & sarung bantal tu sementara masih bersemangat waja ni.. kalau aku berjaya jahit kang aku buat entry lagi ek.. Semoga bukan hangat-hangat tahik ayam la hendaknye...Hehehehe :D

Thursday 28 August 2014

Hero Kacak




Adakah korang mudah fall in love dengan hero drama/filem yang korg tonton? Nak nak kalau drama episod? Klu jawapan anda "YA", aku rasa kita menghadapi masalah yang sama...


Siapa nengok citer ni? Korg mesti rasa couple ni kiyut sesangat ya ampunnn kan... Ok aku suka sgt tgk Rain ye.. sebab apa? sbb dia kiyut..full stop

Masa belajar kat Uni dl, banyak gak series yang aku nengok.. drama Korea hado, Melayu hado & Omputeh pun hado..Save drama banyak2 dlm hard disk, pastu layan citer back to back.. Mau taknye, konon nak stop tengok la jap sbb nk wat bende lain.. Tapi part2 last tu la dia buat klimaks kan.. Jadi terpaksa la sambung lagi tengok.Itu la punca utama aku blh tgk drama berbelas mahupun berpuluh episod dlm tempoh 1-2 hari.. Kuikuikui..

Merlin pun aku suke tengok gak.. Merlin itu somel... King Authur tu pulak handsome sangat.. Tapi da lama x follow cerita ni..  

Dah beberapa tahun ni cam xsempat sgt nk layan drama bersiri seperti waktu zaman belajar dulu. Tapi ada la aku tengok few Malay dramas yang boleh tahan la kan.Konsepnye mudah, klu dah terfollow kene follow ngan sepenuh hati..huahaha..Giteww.. ok ni antara hero drama Melayu yang aku rasa cam "Oh My God... kacaknye kauuuuu!!!" *gedik kan*
Aaron Aziz as Seth Tan : Nora Elena

Aaoron kan klu berlakon mmg feeling abis.. Lagi2 part romantik kan..Ok aku cair.. 
Aqasha as Ammar : Dejavu Di Kinabalu..

Aku suruh En.Asben bela rambut mcm Aqasha sbbsuke sgt tgk rambut dia beralun2..Tp permintaan of course la x dilayan..;p 

Remy Ishak as Kalil : Cinta Jangan Pergi

Remy pun kalau berlakon buat aku rasa akulah heroin dalam cerita tu.. Cara dia pandang tu, mcm ada panahan asmara ke jiwa..Hahaha.. *muntah hijau*

 
Keith Foo as Tengku Adam Kamil : Ariana Rose

Memula aku rasa Keith Foo ni biase2 je..Tapi lama2 rasa dia cam handsome & charming sgt dlm cerita ni.. Penangan tgk drama episod katanyerrr..Hakhakhak :)

Azlee Khairi as Irham : LYMA

Kdg2 nengok muka dia cam Bangla sikit pun ada... Tapi Bangla yang hensem la.. Pastu watak dia yang kasar tp penyayang secara halus tu buat aku cam suka sgt tgk dia..Hihihihihihi

Izzue Islam as Firash Arshad :Sebenarnya Saya Isteri Dia

Muka Izzue Islam dlm cerita ni bukan main jambunye lahai... Somel mcm budak x matang. Seswai la dgn watak dia pun.. Ok la, comel sejuk mata memandang..

Ammar Bahrin as Tajul Razin : Kerana Terpaksa aku Relakan
sebelum follow cerita ni, aku x kenal pun siapah dia ini. Tapi lepas tgk dia berlakon terus rasa not bad la dia ni..Ok la untuk bawak watak hero..

Zul Ariffin as Zill Faezrul : Rndu Awak 200%

Ni current drama yang aku tangah follow.. sebelum ni rasa Zul Ariffin ni handsome yang biasa2 je..Tapi sejak tgk cerita ni, aku tetibe nampak dia cam handsome gilosss,smart giloss & romantik giloss..Terasa cam nape la aku x pay attention pada kewujudannya dlm industri hiburan sebelum ni...Kemaruk kan..Hihihihi

Actually banyak je drama lain yang aku suke  nengok heronye.. ada tu siap terbayang2 lagi.. Ko hado?Hahaha..Tapi selalunye pas abis series tu, aku pun stop la terbayang2kan mereka.. Peminat bermusim kekdahnye..

En.Asben mmg x kuasa nak melayan aku nengok drama melayu episod2 sbb dia kata cerita2 ni ngarot je lebih.. Ala, biase la kan.. nama pun drama..jadi aku selalu tgk drama episod2 ni kat www.tonton.com.my.. Hihihihihihi..tengok sesorg, pastu fefeeling sorg2... Best gak..nk gelak boleh, sengih boleh, kluar air mata pun blh..tiada gangguan..Haha

Yang pastinye tiap kali aku start follow drama bersiri, tibe2 je hero tu jd handsome gile kat mata aku.. adakah sbb dia handsome sbb tu dia dpt jd hero? ke sbb dia jd hero br dia handsome? Hihihi...x kisah la memanapun kan.. 

Tapi yg pasti wlwpun muncul drama baru bersilih ganti, satu2nya lelaki yg sentiasa handsome dimataku of course la my En.Asben. And of course x yah nak berkongsi menatap kehandsomannya ngan org lain.. Kalau En.Asben jd pelakon pastu pegang2 peluk2 ngan pompuan lain mau aku meroyan..NONONO

Ok begitulah kisah Hero Kacak hari ni :D


Friday 15 August 2014

Resepi Nasik Ayam Mudah & Sedap

Harini aku nk tulis pasal nasik ayam yang aku sediakan malam tadi untuk jiran2 yang datang beraya. Sebenarnye malam tadi tu merupakan 2 attempt aku memasak nasik ayam totally on my own. 1st attempt was a day before.. Hahaha.. Kirenye semalam berlatih masak untuk family kecil aku sebelum masak yang betul2 untuk tetamu seramai lebih kurang 12-15orang..macam rehearsal la kekdahnye..Kuikuikui

Apa yang menyebabkan aku kompiden je nak masak Nasik Ayam? Ntahla..Tetibe je rasa nk sediakan juadah tu wlwpun seumur hidup cuma reti makan je..Kihkihkih.. Memula plan nak masak nasik impit ngan kuah lodeh  (juadah ni pun aku x pernah try masak sendiri sorang2 sebenarnye).. Tapi bile pikir2, rasa cam lagi best kalau bagi orang makan nasik utk dinner..

Aku mintak keluar ofis awal sikit semalam.. Around pukul 5 sampai umah.. Pas solat pe semua tu area kol 5.15 barula mula masuk dapur.. Nebes mak nokkss.. Sengaja je x ambil Syafi dari umah pengasuh dia walaupun aku balik awal sebab kalau ambik dia, kompom la kerje terganggu..Hihi.. Tetamu2 aku ni slalu ada macam2 hal kalau weekend, tu yang kami jemput mereka datang pada hari weekdays.. Mesti kena gigih uollss..

Ok ini adalah resepi yang aku gunakan semalam.. aku sebenarnye x ingat sangat amaun exact berapa bijik bawang yang aku guna..main agak2 je la ye sebab namanya pun masak main campak2..hehehe.. Resepi ni aku dapat dengan bantuan Chef Google.. Ada few blog yang aku baca, pastu aku main mix & match resepi diorang.. 

Gambar2 kat bawah ni pun aku ambil pas tetamu balik.. Pic x berapa menarik la sebab tinggal yang last2 kan..Awal2 tu lupa nak tangkap gambar sebab busy sangat la konon..Apa yang ada je lah ye...

Bahan untuk buat air rebusan ayam : 
3-4 biji bawang merah*
3-4 biji bawang putih*
halia*
kiub pati ayam

cara : blend bahan bertanda *..Pastu rebuslah smua bahan dalam periuk hingga mendidih.. That's all..
Nota : buat air rebusan ni biar banyak sikit sebab separuh nak guna untuk masak nasik, separuh lagi guna untuk buat sup.

Bahan untuk masak Nasi :

Beras dicuci & ditoskan
beberapa biji bawang merah *
beberapa bawang putih*
halia*
2-3 sudu majerin
sedikit buah pelaga
kulit kayu manis
bunga cengkih

cara : 1.kisar semua bahan bertanda *.
2. Pastu panaskan kuali. Masukkan mejerin, bahan2 bertanda * yang dah dikisar & semua bahan2 lain kat atas tu.. Tumis jap sampai dia mendidih & kaler dia bertukar cam perang sikit.. Kalau rasa nak letak garam, letak la secukup rasa ye..
3. Masukkan beras & air rebusan ayam ke dalam periuk nasik.. Sukatan air sama macam sukatan biasa  masak nasik..
4. Masukkan semua bahan tumis ke dalam periuk jugak & masak la nasik tu cam biasa



Bahan untuk masak Ayam :

Ayam yang dah direbus
Sos Tiram
Kicap Manis
Madu

Cara: 1. Keluarkan ayam yang da direbus tadi..Toskan.. (Nota: malam tadi aku pilih ayam yang banyak isi untuk digoreng.. yang tulang2 tu biar je dalam air rebusan untuk buat sup)
2. Perapkan bersama Sos Tiram, Kicap manis & Madu selama 20-30 minit
3. Goreng ngan api sederhana  ( Nota: goreng sekejap je sebab ayam tu kan dah direbus tadi..Kang  overcook pulak.. Bile dah nampak warna dah cantik menarik tertarik tu angkat je la ye)




Bahan untuk masak Sup :

Extra air rebusan ayam beserta ayamnye sekali
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang goreng

Cara: 1. Sebelum korang hidang juadah, just panaskan je air rebusan tu sekejap
2. Masukkan daun bawang & daun sup.. Tambah garam kalau perlu
3. Taburkan sikit bawang goreng



Bahan untuk  Sambal Cili:

15-20 tangkai Cili Merah*
2-3 biji bawang putih*
gula*
garam*
cuka*
sedikit buah tomato*

Cara: 1. kisar semua bahan bertanda *.
2. Panaskan periuk.. masukkan semua bahan tu.. kalau pekat sangat boleh tambah air. (Nota: aku letak air rebusan ayam untuk gantikan air)
3. masak la sampai mendidih


Bahan untuk kuah kicap

Lebihan bahan perapan ayam
1 bijik bawang putih ditumbuk (nota: aku hentak sekali je guna lesung batu)
Kicap Manis
Air/ 2 senduk kecil air rebusan ayam
Garam

Cara: Masukkan je semua dalam periuk.. Panaskan jap..Dah siap



(Nota : Sebenarnye aku malas nak wat kuah kicap sebab aku jarang ambil/makan kuah kicap bersama Nasik Ayam..tapi atas request En.Asben, aku pun buat la..)

Alkisahnye menu aku ini telah mendapat pujian ramai...Hahaha.. semua orang tambah nasik 2-3 kali.. Nasib baikla lauk cukup ngamngamsoi... Ada yang siap mintak resepi lagi tu.. Terharu la kan sebab ni dah la kali 1st aku sediakan nasik ayam dalam jumlah yang besar dalam hidup aku. x sia-sia aku punya latihan malam kelmarin..Hihihi

Sebab tu la rasa cam berkobar2 nak tulis resepi ni dalam blog aku sendiri supaya aku x lupa resepi ni di masa hadapan....Boleh x gitu?

Note : aku dapat makan pun dah dekat kol 11.30 malam after tetamu2 sudah pulang.. Ni pic portion yang aku makan sebab dah lewat malam kan.. Pastu ayam pun tinggal 2ketul yang kecik2 je..Terasa seperti nak bukak kedai nasik ayam la lepas ni..;p






Tuesday 5 August 2014

My Exclusive Breastfeeding Journey Ends Today..??

Hari ini Mama berasa sungguh berdukacita..Mungkinkah impian nk bg susu ibu secara ekslusif spi Syafi berusia 2 tahun x mampu dipenuhi???

Lagi beberapa hari Syafi nk masuk 1 tahun 7 bulan.. Syafi, I'm sorry... Mama dah cuba yg terbaik...

Harini Papa pass susu Dumex Dugro kat babysitter Syafi... tu saje standby takut susu yg Mama bekalkan x cukup... Mama ngan Papa saje je mls nk try susu yg mahal2 utk 1st time ni sbb saje x mo awak biasakan tekak minum mewah2 klu tekak awak blh je telan yg rega biasa2..Hihihi..Lgpun, Mama sbnrnye yakin Mama masih blh bg awak susu Mama..Cam Mama tulis kat atas tu, susu formula tu Mama saje je beli utk standby....

Pastu Mama ada baca kat blog2 yg tulis sbnrnye apa2 susu (selain susu ibu) lebih kurang sama je khasiat dia sbnrnye..

Kawan2 Mama ada cerita, diorg try beli susu mcm2..mahal ado,murah pun ado..ada yg anak diorg blh telan, ada yg x boleh... Lain baby lain la penerimaannya kan.. so kami harap awak Ok je, Sayang...

Syafi jgn risau ye, Mama akan lipatgandakan usaha supaya Mama dpt bg susu yg terbaik utk awak sbb tiada susu yg mampu menandingi khasiat susu Ibu...

Thursday 19 June 2014

Panggilan 3 Saat

Ok  harini nak tulis stori pasal camne blh terjumpe ngan lelaki yang kini bergelar suamiku...The one that I love to the moon and back and to the moon again and back again thousand times... To eternity and beyond 

Perkenalannye bermula masa kami dekat Matric IIU.. Ok zaman tu ada konsep 3 second bagi talian prabayar . Camnekah 3 second tu? Kalau buat call within the 1st 3 second, kredit x kan jatuh..ahaha.. Nampak x betapa sengkeknye zaman tersebut.. Jadi wlwpun cuma ada baki kredit 10sen, still blh buat banyak panggilan 3second tu..Dasyat kan...Ahahaha...So situasinya akan jd begini:-

A call : Hello Assalamualaikum ( kene cakap laju2 lepastu letak phone cepat2)
B pulak call: Waalaikumussalam.. ye ada apa (dia jugak kene letak phone cepat2 supaya x exceed 3 second tersebut..)

Tapi banyak kali je sebenarnye terlebih 3 second tu.. Ye la, x kire lagi tergagap ke apa ke kan.. Kalau dah jadi 4 second kredit akan ditolak.. Huahua..lawak bebeno la..Kenapa la sekarang da x boleh wat camtu kan..kalau ada msti best...

Ok kembali ke kisah pertemuan kami.. 

No fon aku telah di bagi kpd En. Asben melalui seorg kawan yang selalu gak main 3 second ngan member aku.. Ala, time tu mmg musim semua org pun cakap 3 second ngan sesiapa.. Sampaikan ada yg sanggup wat call 3 second ngan parent suruh call balik sbb x de kredit..Ye lah tu ;p xseswai tau!!! Tapi masing2 faham..Maklumlah, student katanya...

Kami berkenalan camtu je la.. X de pun teringin nak tau siapakah pemilik suara tu sebab selalu borak bende2 remeh je.. (kalau siryes xdenye nak ber 3 second).. Contoh soklan : 

A :Kuih raya kesukaan awak?
B: Baulu cicah sirap..awak?
A: saya pun jugak!!! 
**gelak guling2 sbb rasa cam x logik**

A: awak keturunan apa?
B: Saya banjar..Awak?
A: Saya pun org Banjar!!

A: Awak gemuk ke kurus?
B: Gemuk..kalah Syani ..Awak?
A: Saya cam Osman Kering

Blablabla... Dan di situlah kami berkenalan & menjumpai banyak persamaan yang pelik2 lagi tidak logik lagi lawak.. Ok senang kata drpd situlah membuatkan kami boleh ngam utk borak2 wlwpun x kenal pun pemilik suara...Niat aku waktu tu hanya utk berkawan je..Mmg xde teringin pun nk tau muka dia..Kami selesa begitu.. X silap aku lebih drpd 3 bulan gak kami kenal2 cenggitu...

Ok time tu sebenarnye aku masih dlm hubungan yg " its complicated" ngan boipren lama..Ahaha..Sebenarnye ini adalah alasan utama kenapa aku x mahu pun berjumpa mahupun berkenalan dgn org lain secara erat.. Sebab pada aku, selagi yg Ex aku tu x kompomkan betul2 dia nak putus, makanya aku masih akan terus setia..Cewah... Oh aku sungguh naif pada waktu itu... 

Sehinggalah pada 1 hari, waktu tu aku ada kelas malam.. Aku dpt 1 msg drpd member aku yg belajar kat tempat yg sama dgn Ex aku tu belajar... Dia just tanya samada aku masih still in relationship ngan Ex dan kalau iya, better jgn terus terlalu mengharap sbb Ex tersebut da ada new GF dah pun. In fact mereka dah ibarat belangkas...

Ok time tu siryes rasa mcm patah 1000 hatiku.. *lagu Shila Amzah blm keluar lagi ye waktu ni* bukanlah aku senang2 nk percaya, tapi sbb yg pemberitahu tu agak reliable, makanya pastilah keyakinanku tergugat.. Owh sungguh sedih...

Lepas habis kelas mlm tu aku ambil keputusan nk jumpe J, sorg member rapat aku yg juga kawan baik ngan Ex aku tu... Aku ajak kwn aku Y utk temankan g U Cafe untuk borak2 situasi sebenar ngan J.. Aku nak dgr drpd mulut J sendiri utk dapatkan kepastian sbb J ni mmg xkan berahsia apa2 dgn aku.. At least kalau bende tu betul, aku akan berhenti berharap.. Sebab aku x mahu mendera jiwa dan raga aku sendiri..That's all..

J pulak yg jadi serba salah time tu.. Dia just bagi hint2 je...Aku faham, J kwn baik aku & dlm masa sama J jugak kawan baik dia.. 

Dan tibe2 phone aku berdering.. Owh kawan 3 second aku tu call

A : awak tengah watpe
B : xde pe..lepak kat U Cafe jap
A : saya ada kat area sini..jumpe jom
B : ha..?????

Dan itulah pertama kalinya sejak kami berhubung melalui 3 second berbulan2 lamanya pagi ptg siang mlm dia ajak jumpe sbb kebetulan kami tengah berada di kwsn yang sama..

Dan aku tetibe jd gabra..Ye r, dah la baru lepas dgr berita sedeyh sbb boipren da curang, tetibe ada org ajak jumpe..Aku da la tgah selebet2 time tu..Hihi...Pastu yg kawan aku J ni blh pulak bagi kata semangat utk bukak hati jumpe je org lain & xyah mengharap apa2 dekat Ex aku ni lagi.. Hahaha...baik punye advise kan..

Yang kawan aku Y pun turut mengiyekan nasihat tu..Lagipun memang kitorg belum dinner lagi.. so dia cakap jmpe je r kejap sambil makan...Aku ni kalau ada masalah mmg selalu lapar... So aku iyekan je lah..

Beberapa minit pastu org yg selama ni bercakap thru 3 second ngan aku tanpa mengenal wajah tu muncul drpd belakang . Waktu tu aku saje je pandang cermin papan kenyataan yg ada kat dinding berhampiran supaya nampak la sikit pantulan kelibat dia drpd jauh..Ok memang nebes sikit.. Hihihi..

A : Hai.. Assalamualaikum..Check A eh? X gemuk cam Syani pun...
B : Waalaikumslm... Awak pun x kurus cam Osman kering pun...

*** tergelak2***pastu g Aroma Kafe utk dinner ramai2***pastu borak2 cam biasa***xde r memalu tergedik2 tersipu2 macam 1st time blind date ngan boipren ke apa ke sbb masing2 sgt la sempoi*** aku makan cam biasa x de cover2 sbb mmg tgah lapar**

Dan itulah kisah bagaimana kami blh berkenalan dan seterusnya pertama kali berjumpa (sebagai kawan)... Semuanya sebab panggilan 3 Saat... hehehe

And yes, he is my best-friend since forever and always on....














Tuesday 17 June 2014

Review : Breast Pump Autumnz Marvel

Dah lama sebenarnye nak membuat review pasal  Autumnz Marvel Single Electric breastpump ni, tapi asyik tertanguh je.. So sempena ada masa terluang nia ku rasa eloklah aku tulis sikit pasal bende yang dah banyak menabur jasa dan bakti ni...




Aku beli BP ni tym Syafi dalam kandungan lagi masa ada expo.. Bersemangat nak bagi Syafi susu ibu katanya.. Apa yang aku carik pada sesebuah BP sampai aku blh pilih bende ni?

1. Harga - yang ni benda paling utama sekali sebab nak beli apa2 pun mestilah within budget.. Ye dop?? Alhamdulillah time beli tu aku dapat below aku punye budget sbb beli time Expo kan...

2. Saiz- aku mencari BP yang ringan dan mudah diangkut ke mana-mana

3. Electric - yang ni sebabnye aku nak memudahkan urusan mengepam susu kalau kat ofis.. BP Autumnz ni juga boleh menggunakan kuasa bateri AA (4bijik)

4. Bunyi - x kuat

Secara jujurnya sebelum aku beli BP Autumnz ni aku x de la membuat research sgt psl produk ni sbb aku ada aim 1 brand lain.. Brand tu offer double pump.. Tapi sbb brand tu x ditemui dekat Expo tu, aku terus je grab Autumnz ni sebab semua ciri2 yang aku nak kat atas tu ada pada dia...

So adakah aku berpuas hati dgn performance BP tersebut? YES YES YES!!!!

Aku dah start buat stok susu waktu masih berpantang dgn bantuan BP Autumnz ni.. Pastu sejak hari 1st masuk office lepas habis maternity leave memang beg susu tu dah macan 2nd handbeg aku.. Sekarang Syafi dah 1y 5 m old.. BP tersebut masih berfungsi dgn baik & jarang menghampakan tuannya ini..

Oh ye, dl pernah la dia rosak sekali sbb dia terjatuh dgn kuat.. Time tu BP aku tu x boleh guna kuasa eletrik, tp still berfungsi kalau guna kuasa bateri.. Nasib baik la waktu tu BP masih under warranty.. Lebih kurang 3 hari  jugak la aku terpaksa return BP ni kat HQ dia untuk dibaikpulih, dan selama tempoh tu aku telah meminjam BP Kak long aku.. Dia dgn baik hatinya telah meminjamkan aku 2 BP dia iaitu Medela Swing (Electric) & BP Anakku (Manual).

Org cakap BP Autumnz ni lebih kurang cam Medela Swing kan.. Tapi aku cam x reti pulak guna Medela tu.. Aku lebih prefer guna Anakku wlwpun ia manual.. Best gak, cepat je botol susu penuh.. Sebab tu wlwpun manual, aku tetap suka.. Sekarang pun ada la sekali sekala aku guna BP Anakku..(belom lagi pulangkan Kak Long aku punye BP ni..buat harta ;p )

Ok kembali kepada BP Autumnz Marvel tu kan, dia ada 2 mode iaitu T1 & T2.. Kalau nak memulakan proses pengepaman, better start ngan T1 dulu..dia ada 8 level kekuatan..Blh adjust guna button + -... Kire cam sesi warming la gitu lebih kurang.. Kalau nak kekuatan yg lebih kuat, blh pilih T2..Pun ada 8 level kekuatan.. Cam aku, aku biasa guna T1 seminit dua, pastu guna T2.. 

Simple & Cute

Dah siap guna simpan balik dlm kantung dia.. 


Bunyik dia slow je.. Kdg2 time pam dlm opis, staff yg masuk bilik aku pun x perasan aku tgah mengepam.. 

Dia punye parts pun xde la susah sgt nk pasang... Tapi pernah la 2-3 kali aku tertinggal beberapa part tu kat umah tym aku g office.. Akibatnye xblh la nak mengapam guna BP :(

Semua parts yang diperlukan kita simpan dalam kantung lagi satu ni :)

Yang x best psl BP ni dia ada getah kecik yg tutup 1 lubang kat salah satu BP punye part .Kalau baru beli bende ni, Autumnz mmg bagi 2 extra getah tu (ni msti biasa ni kes org hilangkan getah tu..kecik kot..) ("_") ' Aku punye pun dah 3 kali hilang..nasib baik la getah tu murah je pun kalau beli baru.. Kalau x de bende tu, mmg cam x berfungsi la BP tersebut.. konsepnye begini: samua part adalah penting..kalau 1 xde, maka semua bahagian ibarat x berfungsi... 



Inilah getah kecik yang dimaksudkan tu

So far aku suka BP Autumnz Marvel ni.. Kalau ada sesiapa nk carik breast pump yg best pada harga yg berpatutan, pilihlah brand ni ye... I am very satisfied with this product ... :D

Lagi satu, aku percaya x kire la guna BP mahal ke murah ke, yang paling penting sbnrnye ialah keazaman nk bg anak susu ibu..



Tuesday 20 May 2014

Kerepek Popia Seaweed Yang Super Duper Sedap

Kisahnye bermula begini.. Aku diperkenalkan dengan kerepek popia seaweed ni time aku balik kampung rumah Ibu aku haritu..Time kemas2 barang nak balik PD, ternampak la ada balang kerepek yang belum bukak atas rak..Aku x pernah nampak mahupun try kerepek tersebut sebelum ini..Ibu cakap tu la kerepek popia seaweed.. Ibu promot la suruh aku amik je sebalang tu sebab tu sebenarnye kawan dia yg berniaga tu punya, tp tertinggal sebalang extra kat rumah (kelass kan cara orang tu marketing..hehehe).... Ibu cakap bende tu sedap, adik beradik aku semua dah try dan semua bersetuju rasanya sedap.. So aku pun malas nk pikir panjang try la jugak amik 1 balang tu...Taster xde la pulak, tapi aku yakin kalau Ibu cakap sedap mesti kompem sedap..

Aku hanya berkesempatan nak makan bile dah balik kat rumah aku kat PD.. Pagi tu sambil2 tengok Runningman aku pun mencarik2 la snek yang blh dikunyah.. Tau je r, Runningman punye show tu asyik ada adegan makan je..Tergugat la nafsu lapar aku... Aku pun amik la kerepek popia seaweed tu.. Sambil kunyah sambil mengagumi keenakan rasanya.. Sumpah x tipu rasa dia mmg sedap.. Memandangkan time tu 1st time aku makan, aku blh kata rasa dia agak unik..Sangat crunchy..Jgn risau, xde pun bau hanyir ke ape ke.. Yang pasti rasanya lazat dan seperti meletup2 dalam mulut aku..Kikiki

En.Asben pun join sama makan.. Syafi memang kompem la kan x blh biarkan mama papa dia makan sesuatu tanpa bagi dia.. Aku pun kunyahkan la sikit2 utk dia pastu bagi dia rasa..Dia pun sangat suka ye... Pastu kunyah punya kunyah tetibe je licin sebalang.. Runningman belom abis pun lagi..acaner tu??? Hahaha.. Kalau aku tau rasanya sesedap ini, pasti akanku borong 3-4 balang sekaligus...

Ok berbekalkan keyakinan kerepek tu sangat sedap, aku berasa seperti nak jual bende tu.. Korg kalau nak rasa kerepek yang lazat & berkhasiat, try la tau.. Aku sekarang ada la tolong jualkan kerepek ni jugak.. 1 balang RM12.00 sahaja (harga x termasuk pos la) .. Siryess sedap dan lazat.. Berbaloi2 sangat tau.. Aku berani jual bende ni pun sebab aku kompiden rasa dia memang super duper sedap..

So kepada sesiapa yang rasa cam nak rasa bende ni, blh order kat aku... just pm me for further detail k..cewah ayat peniaga online sangat kan... :)