LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Tuesday 28 July 2015

Kisah Aku,Cuddle Me & Andrea

Apakah itu Cuddle Me & Andrea?

Kisahnye begini....

Waktu pregnant Anas dulu, aku selalu la jugak baca2 pasal babywearing.. Bukan x berminat guna stroller,tapi aku rasa ada masa2 tertentu lebih sesuai untuk guna carrier berbanding stroller. En.Asben memang sangat suka guna stroller. Sebab, selain x larat dukung Syafi yang berat, Syafi boleh dikatakan agak behave bila duduk dalam stroller.. Cuma bila dia dah makin besar, dia mula cepat bosan bila duduk dalam stroller lama2..Lagipun, stroller Syafi masih elok, so stroller memang tiada dalam senarai "wishlist" buat setakat ini.

Aku pulak memang teringin nak memiliki penggendong bayi jenis yg Soft Structure Carrier "SSC".. Ada macam2 brand SSC di pasaran sekarang ni..Tapi bile tengok harga dia, rasa cam x logik pun hado sebab ada tu yang sama mcm harga stroller la pulak..Yang lagi mahal daripada stroller pun ada jugak..Weyh awatla mahal naw.. Sadis... 

Jadinye, aku selalu la jugak join contest2 kat Facebook yang mintak kita "Like & Share"  untuk memenangi SSC.. Sape la x teringin nak bende2 camtu kan..Haha..gigih tahu? Kalau tengok timeline kat Facebook aku tu ha, bermacam jenis page SSC yg wat contest camtu aku join dengan harapan nak menang SSC free..Kikikiki...

Selalu la jugak aku pujuk2 En.Asben untuk belanja SSC yg mhl2 tu.. Teringin kekdahnye..Tapi idokler spi ngidam beriye..Padahal anak belom lahir pun lagi..Hihi..Tapi En.Asben cam malas2 je nal layan aku punye request itu..Antara alasan2 yg diberi oleh En.Asben ialah En.Asben mcm x mempercayai je fakta yg menyatakan bile guna SSC tu, kita blh dukung baby lama2 tanpa rasa penat.. Maklumlah, dulu masa Syafi kecik2, kami ada beli Carrier brand SweetCherry..Rege dalam RM80++ lebih kurang. Elok je lagi bende tu. Lagipun kang kalau beli SSC, dia jugak yang kena dukung baby ;p Dia lebih prefer untuk guna stroller berbanding SSC..

Namun begitu, pada suatu hari, dia tunjuk 1 page Facebook kat aku psl produk SSC yg boleh dianggap murah berbanding jenis2 SSC yg aku dok ngidam tuh.. Dia cakap, kawan dia yg bini doktor pun usha brand tu je..Yang bagus tidak semestinya mahal, yang mahal tidak semestinya bagus..*Mcm biasa dengar x ayat ni?Bahahaha* 

Brand apekah itu? Iye,Brand Cuddle Me ye Tuan2 dan Puan2 sekalian..

En.Asben tanpa berfikir panjang terus je suruh aku order online produk tersebut, dia belanja.. Aku pulak sebelum mengorder, haruslah telah berfikir panjang..Maklumlah, aku kan memang suka google dulu sebelum buat tempahan ke atas sesuatu produk, lagi2 yang x pernah didengar pun namanya itu.. Hehe.. So, setelah membaca review dan yakin dengan produk tu, aku pun order la 1 SSC brand Cuddle Me tersebut pada harga promosi iaitu RM170. Aku beli kat Facebook ni---> Cuddle Me Baby. Brand ni actually buatan Indonesia, tu yg agak murah.. Proses penghantaran lebih kurang sebulan dari tarikh booking..Maklumlah, urusan shipping dari oversea segala bagai katanya..So aku memang tau la SSC yang aku order tu hanya akan dapat ke tangan aku setelah aku lahirkan Anas. Tapi memang x kisah pun sebab bukan nak pakai awal kan..

Aku dapat SSC aku pada hari ke 25 aku berpantang.

Camni la design carrier yang aku beli tuh..Pic ni amik kat google je..

Cuddle Me Neo Carrier " Alphabet"


Waktu berpantang, aku masih aktif dengan aktiviti "Like & Share" page2 yang offer nak bagi hadiah2 free.. Mana2 page yang offer hadiah cam best kompom aku join.. 

Nak dijadikan cerita,pada satu hari dalam tempoh berpantang itu, aku ternampak 1 page Facebook iaitu Parenting Cafe buat contest Like & Share. Cam biasa la, haruslah aku gigih join. Aku siap guna pesbuk En.Asben  untuk join jugak contest tu..Haha.. 


Amazingly, aku menang!!! Alhamdulillah.. Aku tau aku menang pun sebab En.Asben yang bagitau sebab kebetulan announcement tu keluar kat newsfeed facebook dia..Sungguh x sangka kot..Excited gila sebab x pernah menang contest kat facebook yg jenis2 "Like & Share" camtu...Kire rezeki anak la ni.. 



Pastu aku dapatla peluang nak pilih nak hadiah mana yang aku suka samada SSC brand Cuddle Me atau Andrea. Kali ni, aku pilih Andra pulak sebab aku dah ada yang brand Cuddle Me tu. Pastu aku request nak tukar ke saiz Toddler sebab actually dia bagi hadiah saiz standard je. Aku fikir, dah tentu la aku dah ada Cuddle Me saiz standard, so cam rugi pulak kalau ambik saiz cenggitu jugak.Cumanya  aku kena tambah RM30 la untuk upgrade saiz tersebut & kos pengeposan.

Sekarang, aku tengah tunggu SSC Andrea tu nak sampai ke tangan aku. Dia cakap akan ambil masa jugak. Tapi aku x kisah sebab jgn kan saiz Toddler, yang Cuddle Me saiz standard tu pun aku blm blh guna lagi sebab Anas masih kecik.Hihihi... 

Jadi, nak bagi review pasal SSC Cuddle Me & Andrea tu belum blh lagi la sekarang. Buat masa ni, kalau jalan2, selain guna stroller, En.Asben akan guna je carrier SweetCherry yg dulu sebab Anas blh baring dlm kendongan...


Anas bagi kerjasama yang baik masa kami sekeluarga shopping raya haritu. Elok je dia tidur dalam carrier sepanjang masa. *Syafi pulak maintain aktif ajak main nyorok2 bawah meja* 

Anas tidur nyenyak jugak atas stroller

Ok x sabar nk dukung Anas guna baby carrier Cuddle Me tu!!!! 

3 comments:

  1. Assalam sis...klu nk prelove yg cuddle me or andrea...let me know ye...tgh usha2 jgk ni..tq

    ReplyDelete
  2. Tajuk x kena dgn cerita. Igtkan nk cerita kisah pernah guna cuddle me & andrea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry untuk review ada dekat link ni - > https://syalihah.blogspot.com/2015/09/review-cuddle-me-andrea-carrier.html?m=1

      Delete