LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Thursday 6 August 2015

Kena Saman AES

Waktu kejadian : 7/7/2015..Hari pertama selepas tamat tempoh berpantang , dalam bulan Ramadhan

Bile berpantang dalam bulan puasa, memang aku x perasan pun tetibe pejam celik pejam celik rupanya lagi seminggu je dah nak raya.. Actually, aku memang dah ada tempah baju kurung beberapa bulan sebelum bersalin. Tu tempah sesaje je dgn niat, kalau makcik tukang jahit tu sempat jahit, maka baju2 tu akan jadi baju raya. Kalau dia x sempat jahit, aku beli je baju ready made. Rejeki aku, mak cik tu sempat  jahit semua baju2 tu.. So aku punye baju raya dah ada. Cumanya, husband ngan anak punye baju mmg xde. O ye, tudung raya aku pun xde jugak...Jadi memang kena shopping raya jugak no matter what..Hee

So, setelah tersedar bahawa rupanya next week itu dah nak raya, aku ngan en.Asben plan nk g KL shopping apa2 yang patut. Kami memang x nak bawak anak2 g tempat2 crowded.Anas masih kecik sangat, jadi sangat x seswai la kan nak bwk jalan2. Pastu rasa x larat nak bawak Syafi sebab kami plan nak g cepat2 carik pape yg patut pastu terus balik semula ke rumah. Kalau bawak dia kang banyak la pulak urusannye nanti.

So, beberapa hari sebelum g aku dah deal ngan pengasuh mereka (Kak Ita) untuk hantar anak2 kat umah dia pada hari Selasa (sengaja x mo g weekend sebab kompom r weekend KL tu sesak yang amat). Tapi tidaklah kami memberitahu dia tujuan sebenar kami antar anak2 ialah untuk jln2 shopping raya. Cam segan lak kan..Kikiki

Nak dijadikan cerita, malam sebelum kami g KL, En.Asben tetibe demam teruk. Esoknya sekitar pukul 9pagi  dia g klinik sorang2 sementara aku siapkan anak2 untuk dihantar ke rumah Kak Ita. Waktu En Asben tengah tunggu turn nak ambik ubat, dia call  bagitau dia demam disebabkan tonsil. Siap dapat MC 2 hari. Pastu dia mintak aku tanyekan Kak Ita samada  Kak Ita dah masakkan mknn Syafi ke belum.   Sebabnye, kalau belum masak lagi, dia nak ajak aku g KL esoknye je sebab dia x larat. Mahu berehat2 katanya.Tapi kalau Kak Ita dah siap masak, nak x nak kene g KL jugak spt yang telah dirancang.

Daku ini sebagai isteri yang taat, call la Kak Ita..Kak Ita bagitau dia dah siap masak dah pun. Jadi untuk x mahu menyusahkan orang, kami pun decide nak hantar je anak2 ke rumah Kak Ita haritu walaupun En.Asben x sihat. En.Asben mintak aku drive sebab dia nak tidur. Aku OK je..

Aku drive sambil dengar radio. En Asben pulak syok je melayari mimpi indah. Untuk menghilangkan rasa bosan sebab x de geng nak borak, aku nyanyi la lagu2 yang diputarkan kat radio dengan sepenuh hati.. Kekekeke..Fefeeling retis kononnye..

Waktu dekat Kajang, tetibe je ada cahaya berkelip. Ahh sudahh... Mustahil pulak ada kamera peminat yang ambik gambo aku menyanyi dalam kereta.. Ni sah aku dah kena saman AES nih.Hadoyla, syok sangat menyanyi lagu raya la ni sampai x perasan kamera AES tepi jalan tu. Aku duduk line 3, siryes memang x perasan langsung papan tanda "Kamera di Hadapan"/"Zon Operasi Kamera" tu.. :'(

Selalu kalau En. Asben yg drive, mesti aku ingatkan dia pasal kamera AES. Pastu kalau dah nak dekat, kompom lagi kerap aku ingatkan dia untuk bawak slow2 depan kamera. Ni time aku drive, aku pulak yang terbawak laju kat depan kamera tu. * Semua ni berpunca disebabkan En.Asben yang tdo dan x ingatkan aku lokasi kamera itu..dia x tau ke itu tanggungjawab seorang co-driver???* (saje nak salahkan org lain..hahahaha..)

Esoknye aku check melalui MYEG, memang sah aku kena saman. Sadis sangat kan. Saman yang perlu dibayar adalah sebanyak RM150.00. X memasal je.. Pastu aku malas la nak ambik port. X mo bayar!!!!! Aku bawak 120km/j je kot. X logik r tempat camtu boleh bawak 90km/j. kalau bawak sampai 180km/j tyu memang layak la kena saman..Lebih sikit je kotttttt!!!!!! *In denial*

Rupanya, baru aku tau kalau dlm tempoh 14 hari kita x bayar jumlah itu, saman tersebut akan meningkat. Weyh dah kenapa????? Dan aku hanya tau mengenai perkara itu selepas saman telah meningkat menjadi RM200.00. Itu pun sebab ada kawan aku yg keje JPJ bagitau aku waktu dia dtg beraya kat umah aku. Arrggghhhh bencinye....

Jadi sebab malas nak panjangkan cerita, aku bayar je la saman tu. Ngokngek sangat kan. Yang En.Asben pulak siap membebel2 cakap nape bawak laju2, kan da membazir duit buat bayar saman. Dia siap bebel lagi sebab aku lewat bayar, jumlah saman dah bertambah..Sebenarnya memang dia ada pesan suruh bayar awal2 sebab dia kata nanti jumlah saman blh meningkat, tapi aku je yg x caya dia cakap..Tapi tapi tapi, time En Asben cakap tu, dia mcm x kompiden pun ngan ayat dia sendiri, jadi camne aku nak caye???  Lagipun, dia x sedar kah bahawasanya dialah punca aku kena saman *still nak salahkan En.Asben* hahahaha..Mencinyerrrrrrrrrrrrrrrr

Oklah, nak bagitau tu je...Kalau kena saman AES, kena bayar cepat2 sebelum amaun tu meningkat. Gedik r AES nih..sebok je nak tangkap gambo kete org...Pastu suka suki je naikkan jumlah saman.. Dah r lepas raya duit da kering.. Apakan daya, kerana terpaksa aku relakan la jua  (-_-)'

I HATE U!!!!! #AESUNDUR..opps ;p