LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Monday 19 January 2015

Syafi Dah 2 Tahun !!

Syafi dah berumur 2 tahun pada 14.1.2015 yang lalu.

Besday Syafi sama dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.. So org N.9 memang dapat cuti free la. Jadi kami ambil peluang itu untuk celebrate besday Syafi secara simple2 untuk kita2 aje..Hahaha..

Aku bodek2 En.Asben supaya bwk kami g Farm In The City kat Seri Kembangan. Sebab ape aku ajak g sana? Sebab aku rasa tempat tu mcm best & unik je.. Ye lah, selain boleh tengok haiwan2, kat situ boleh pegang2 & bagi haiwan makan jugak tau. Menarik kan..

Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi. Pastu berenti sarapan siap2, dan lepas tu terus gerak ke sana. Waktu sampai tu dah nak dekat pukul 11 jugak la.. Orang pun x berapa ramai sebab hari itu hari Rabu.. Weekdays kan.. Carik parking pun sonang..

Harga tiket masuk untuk dewasa (yg ada IC) ialah RM 30.00. Syafi free je sebab budak kecik..

Masuk2 je kami di sambut dengan kura2 gergasi.. Syafi was super duper excited ye tgk haiwan tu. Pastu dia dengan beraninya bagi kura2 tu makan banyak2 sampai kami pun kagum sebab x sangka dia seberani itu..Ayah dia pulak yang takut2 ngan kura2 tu...Kikiki..

Budak eksaited yang siap bagi makanan sampai tangan da nak kene mulut kura2..
Ada banyak haiwan-haiwan lain yang membuatkan Syafi sangat2 teruja. Maklumlah, pertama kali tengok dekat2, pastu siap boleh pegang2 laktuh kan. Mau x teruja.. Meh layan gambar kitorg sewaktu kat sana

 





























Banyak la lagi gambar-gambar lain bersama pelbagai jenis haiwan cuma mals la nk haplod semua...

Tapi tym kitorg dtg ada few haiwan yg xde macam rama-rama & ikan dekat Longkang Fishing.. Jadi x dapat la Syafi nak memancing ikan pada hari tersebut sebab penjaga kwsn tu cakap ikan dah habis.. Sodeyh... Tapi x pelah.. Nanti ada rezeki kami datang lagi..

Overall, lawatan ke sini sempena Besday Syafi adalah sangat2 berbaloi & best.

Balik daripada situ, kami singgah IOI City Mall Putrajaya utk lunch.. Tapi waktu tu Besdayboy da pengsan kepenatan..Hikkss




Pas lunch perut ter extra kenyang la pulak.. So x beli pun kek walaupun hari itu Hari Jadik Syafi.. Lagipun Papa cakap kalau beli, mesti Mama & Papa yang banyak makan.. Jadi kita makan next tym pun x pe kot.. Xpe kan Syafi kan? hihi

Selamat Hari Jadi Babyboy Mama.. I love u to the maxxxxx <3