LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Wednesday 21 December 2016

CARA BASUH ANGGUR

Baru saya sedar dah lama gile saya x menulis dalam blog ni.. Sian dia terabai sekian lama.

Sebenarnya banyak je benda nak di share. Siap tangkap gambar macam2 kekonon nak masukkan dlm blog.. Tapi sudahnye x buat pun entry yang berkaitan..Malas namanya tu..Hihi

So harini saya rajinkan diri untuk share tips cara basuh anggur .

CARA BASUH ANGGUR

Perasan tak selalunya dekat buah anggur ada banyak lilin? Even dah basuh pakai air pun lilin tu tetap ada,kan? Jadi di sini saya nak share cara basuh anggur dengan mudah dan In Shaa Allah berkesan.Pasni da x payah susah2 nak buang kulit anggur bila makan..Boleh telan terus ye..

1. Letak anggur dalam bekas
2. Letak tepung gandum. Make sure setiap biji anggur kena tepung tu
3. Biarkan jap dalam 5-10 minit
4. Bilas bersih2

Hasilnya, anggur tu akan kelihatan bersih & berkilat.

Kalau bilas guna air yang dah ditapis oleh penapis air CUCKOO mungkin lagi extra bersih..Hehe (Sekarang saya dah berjinak2 nk jadi part time agent CUCKOO. So klu berminat boleh la roger..Tumpang buat iklan sikit) 

Saya  share tips ni sebab dah buat eksperimen ni sendiri, dan hasilnya memang SUKSES SUKSES SUKSES 



Good Luck 

Tuesday 14 June 2016

:(

Geram

Marah

Letih

Penat

Stress

Kecewa


..and the list goes on...


Jadi aku tuliskan perasaan aku sekarang di sini supaya rasa itu terluah. Kerana kalau perasaan itu dibiarkan terpendam, hati sendiri yang akan sakit. Walaupun aku tau, kalau tulis dekat sini, rasa mcm x de beza pun..

:(

Sebab aku tau, tiada manusia yg layak dengar aduan aku ni

.. Kena mengadu dekat Allah je~~~

Friday 10 June 2016

DUGAAN BERTIMPA-TIMPA

Kali ni nak stori pasal beberapa ujian & dugaan yg berlaku kat aku & En.Asben for the whole week.

Syafi kena admit masuk ward pada 31/5/2016 memandangkan operation  membuang tonsilnya akan dijalankan pada pagi 1/6/2016 (Rabu). Check-in sepital sekitar pukul 9.30 malam sebab katil penuh. Lotih weyh.Padahal memang gerak dari rumah sebelum Maghrib sebab ingatkan lepas Maghrib tu dah boleh dapat katil. En.Asben jaga Syafi kat sepital waktu malam, aku memang kena balik rumah sebab ada Anas yang perlu di jaga. So ikut plannye x nak la balik lewat malam sangat. Aku ni risau gak drive sorg2 tengah malam..Anas aku tumpangkan kat umah pengasuh jap.Jadi cam rasa segan pula kalau nyusahkan dia spi tengah2 malam..Tapi nak wat camne kan..Lepas setelkan semua urusan, aku sampai rumah dekat pukul 11 malam jugak la..


Esoknye, aku x sempat nk jumpe Syafi sebelum dia masuk operation theater. Banyak bende nak buat, jadi memang agak terkedek2..Hehe.. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Siang tu tinggalkan Anas kat rumah BS cam biasa. Cuma agak lewat la sampai umah BS untuk amik Anas iaitu sekitar 7.30 pm sebab hari tu hujan lebat ya Ampun.

                               
   Wajah selepas keluar OT.. Baju OT tu sangatla comel :)

Hari seterusnya, Syafi dah dibenarkan pulang ke rumah. Lega

Maka bermulalah urusan menjaga pesakit di rumah. Selera makan Syafi memang drop terus. Sakit tekak katanya. Bila dah sakit tekak x nak makan, mulalah dia sakit perut pulak. Pastu dia muntah2 kalau minum air. Najis pulak memang yang cair secair2nya. Aku suspek itu berpunca dari kesan pengambilan ubat. Memang kesian sgt2 tgk keadaan dia. Jadi kerja aku asyikla membersihkan muntah ngan najis anak yg bocor..Haha..Lotih weyh...

Hujung minggu tu, pelan asalnye nak balik kampung Meru sempena cuti sekolah. Tapi sebab kesihatan Syafi sangat x mengizinkan, kami terpaksa batalkan niat tu. 

                              
     The Real Slim Syafi :(


Cumanya, pada hari Sabtu, En.Asben ajak keluar g pasaraya sekejap utk carik barang. Maklumlah, Isnin dah nak puasa. Barang dapur perlu di top up. Memula tu aku cakap kalau Syafi x larat ikut, mungkin aku kena ddk rumah je. Tapi En.Asben ajak temankan dia sebab kang dia sunyi sorang2 (En.Asben memang manja orangnya..Haha). So memang bawak siap2 barang keperluan Syafi takut dia muntah/berak melimpah cam slalu tu..Haha

Jadi lepas Asar tu kami pun gerak la ke bandar Port Dickson. Kami decide nak lepak2 jap kat PD Walk bagi anak2 makan sambil tengok orang main belon/layang2.Ni kire cam inisiatif nak menyuap Syafi makan sebenarnya. Aku bawakkan mashed potato untuk Syafi & belikan bubur Ayam McD jugak.. Sudahnye berapa suap je masuk dalam mulut dia sebab dia x de selera.

Pastu memandangkan dah hampir pukul 7, kami decide nak beli barang2 rumah after Maghrib je sebab x nak la terkejar2. Baik solat dulu siap2,kan.. Sebelum nak ke Masjid, tekak aku teringin sangat nak minum cool blog. Ni semua angkara En Asben parking depan Starbuck.. Kaitan??? Starbuck mahal, Coolblog murah...Wakakaka.... Tapi rupanya Coolblog kat PD Walk tu dah ditutup. So kami decide nak beli air jenis2 camtu kat kedai dalam bangunan TF. En. Asben kata dia dropkan aku kejap depan pintu masuk sementara dia nak park kereta tepi jalan. So aku pun masukla dalam TF utk beli air tu ha.

Masa nak bayar, handphone berbunyi. En.Asben call. Kupikir dia nak bagitau lokasi dia parking. Bukan!!! Dia call bagitau kereta kami kena langgar.Dang! Aku cepat2 bayar, terus keluar. Lokasi kejadian cuma beberapa meter je dari tempat beliau dropkan aku..Huhu 

Motor sondol bumper depan kerete Si Purple..Hancur terus bumper..Tapi nasib baik xde siapa yang cedera teruk. Penunggang motor tu ada la luka2 sikit.Yang ajaibnye motor dia x de pape..Memang nasib baik sangat. Camne boleh eksideng??? En.Asben nak belok kat simpang tu. Dia berentikan kereta, tengok kiri kanan, tetiba motor tu muncul langgar bumper. Camtu je. Huwaaaa..


Keadaan Si Purple :'(


Jadi terpaksalah kami tunggulah pakcik polis datang amik gambo itu ini kat lokasi kejadian. Sementara tu aku solat dl kat surat pasaraya TF tu. Sebelum nak solat tu, Syafi berak kluar najis banyak gilos..So kne la handle beliau dl..Huhu..Memang la loteyhh

Lepas siap sembahyang, terus g balai polis nak buat urusan report dsb. Dah pukul 8 lebih baru setel semua. En Asben cakap, polis cakap walaupun kami yg dilanggar, tapi kereta kami tetap dianggap bersalah sebab terkeluar sikit 1 tapak kaki waktu kat simpang itu. So sebab malas nk panjang cerita, kena bayar denda RM150 kalau bayar on the spot. Kalau lewat, kena bayar RM300...Jadi En Asben bayar la amount itu... Aku malas nak cakap banyak wlwpun sebenarnye macam banyak bende aku nak bebelkan..Huwaaaaa

                                           
Lokasi: Dalam Balai Polis. Main nset Papa jap sementara Papa setelkan urusan ngan Atok Polis :'(


After setel kat balai polis, g Ambank jap bayar duit kereta bulanan.(Ni memang antara yg nak dibuat pada hari tersebut). Bulan tu lambat bayar sebab bz bebeno katanya..Hikss.. Pas setel, terus balik umah.Mood da x ok kan.. Syafi asyikla tanya kenapa kita x pegi kedai.. Huhu..Nak g kedai camno Nak oii, kete dah eksideng tu ha~~~Nasib baiklah x payah sampai nk kne angkut guna towing truck.. Sadis kan. X dapatlah beli barang2 untuk menyambut Ramadhan pada hari itu.

Nak x nak, kena lah keluar pada hari Ahad. Bawak anak2 g breakfast kat kedai dulu. Syafi ye ye o je cakap nk makan soto. Sampai kat kedai, 5 suap pun dia x abis makan..Sian sgt...

Again, kami g TF carik barang2 rumah. Pastu g round2 carik workshop. Tapi memandangkan hari tu hari Ahad, kebanyakan workshop tutup. Terpaksalah tunggu hari Isnin.

Isnin, 1 Ramadhan, En.Asben kena gerak g office naik kete Si Putih pagi2 untuk thumb in. Pastu balik umah, amik kete Si purple yang nak dihantar ke workshop. Dalam masa sama, aku pulak kena hantar anak2 g umah pengasuh guna Si Putih , pastu follow dia g workshop tu sebab dia akan tinggalkan Si Purple kat sana untuk di baikpulih. Pastu dia hantar aku g office.Petang, pas dia thumb out, dia kena amik aku sekali lagi kat opis. Ha boleh bayangkan betapa kelam kabutnya hidup kami pada hari itu?hahaha

Selasa pun sama. En Ssben antar aku g office. Petang tu dia still kena amik aku. Pastu terus g workshop sebab tokey workshop tu cakap kereta Si Purple dah siap. Lega.... Total damage RM 700.. Nangessss...Huwaaaaaaa

Setel kisah kereta T_T

Syafi punya kisah belum setel lagi. Dia masih x de selara makan. Masih sakit tekak.Masih kena paksa minum air. Dan untuk menjadikan kisah lebih dramatik, Anas pun tetibe x sihat!! Ya Allah ~~~
                                                                  
Anas pulak ikut sama muntah2..Pastu siap berak yang najis sepesen cam najis Syafi. Kesian sangat dia. Minum sikit, muntahnye banyak..Makan pun x lalu.. Pastu berak setimbun jenis yg cair gila. Jadi bertambahlah kerja menyental muntah & najis sorang lagi pesakit...Huhuhu

Aku suspek gejala yg menimpa Syafi tu sebenarnya bukan berpunca akibat kesan pembedahan mahupun pengambilan ubat ( aku kan bajet2 doktor, memandai je)..

Mungkin diorg ni terkena virus/bakteria waktu Syafi tdo kat sepital dulu kot. Sebab waktu tu, kebetulan kawasan Seremban (termasuk KPJ Seremban) tu mengalami gangguan bekalan air. Jadi air paip kat sana walaupun masih keluar, kaler dia dah serupa macam kaler teh o. Kotor sesangat. Walaupun En.Asben ada beli air mineral utk diorg guna sepanjang kat sepital, tapi still keadaan kat situ waktu tu x bersih. Jadi aku yakin itulah punca utama dia jadik muntah2 & cirit birit. Dan kemudian dia jangkitkan pulak kat Anas... ( Ni aku rasa je la..Tapi instinct aku yakin sgt ngan theori ni).

Hari Rabu & Khamis aku bawak Syafi g office. Di samping boleh pantau kesihatan dia secara peribadi, aku jugak boleh bagi pengasuh anak2 aku tu fokus kat Anas sorg je. Maklumlah, dua2 pun x sihat, dua2 perlukan lebih perhatian kan...

                                 
Hari 1st ikut g office, Syafi hanya mampu melepek. Bantai tdo 3 jam

                      
Hari 2nd ikut g office, dah  ada selera makan sikit. Boleh la kunyah sesuap dua & minum air tanpa perlu dipaksa.


Harini, waktu aku taip entry ini, anak2 masih x sihat sangat. En Asben masih pening2 sebab duit laju sungguh bergerak seperti air yang mengalir. Masuknya sikit, keluarnya banyak...Huwaaa... dan aku? Sama la, pening jugak sebab rasa cam owh banyaknya ujian lately ni..

Tapi aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya. Lagi2 bila semua ni jadi dalam Bulan Ramadhan kan..Sebab tu, memang betul la kita ni kena sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara 


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

Semoga diberi kekuatan & kesabaran untuk tempuh semua ujian2.. Kena redha la.. Kalau rasa frust + nak komplen, cepat2 muhasabah diri betapa ramai lagi orang lain yg diuji lagi dasat bak hang~~~~


Fullstop :'(




















Monday 6 June 2016

Pembedahan Tonsil Anak Saya -PART 1-

Sekitar bulan April dulu, Syafi ada demam. Dia tu kalau demam, memang agak teruk la. Suhu tinggi, x lalu makan, muntah2, dan demam kadang tu sampai seminggu x elok2..

Waktu dia demam, aku bawak dia pergi klinik biasa. Doktor memang sahkan dia ada tonsil..Tekak bengkak. Doktor tu pesan , kalau dia still demam lagi, kena refer dekat hospital.



We went to the clinic. Dating berdua :)

Sebenarnya, tu bukan pertama kali Syafi disahkan ada tonsil. Cumanya aku & husband x de lah anggap perkara tu serius sangat sebab selalu tu lepas makan ubat & antibiotik yang doktor bagi, In Shaa Allah dia akan sembuh.

Tapi kali ni, lepas 2 minggu dia sihat, dia demam balik semula on off. Yang buat kami start risau ialah, nafas dia berbunyik kuat sangat. Kalau tidur tu, bunyik berdengkur dah macam orang tua.Nak tarik nafas pun cam susah je, dada siap berombak2.. Memang la kesian tgk keadaan dia.. Kadang tu, bila dia duduk saja pun nafas dia berbunyik jugak cam orang tengah berdengkur!! 

So satu hari tu En.Asben bawak Syafi pergi klinik kesihatan Lukut bila tengok Syafi cam susah nk bernafas. Doktor tu check punya check, dia kata tonsil Syafi memang kelihatan agak besar..So dia suggest g jumpa pakar ENT di Hospital Port Dickson.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami decide haritu jugak kami bawak Syafi pergi jumpe pakar ENT di Hospital KPJ Seremban sebab kalau g government hospital, kena melalui beberapa prosedur yang akan mengambil masa. Mak paknye x de masa nak tunggu lama2 sgt..

Di KPJ Seremban, kes Syafi dirujuk kepada pakar ENT, Prof.Dr Primuharsa Putra.. Nama dia memang unik,kan :) A very nice doctor I would say. Kali pertama dia jumpa Syafi, dia check condition Syafi & dia suggest agar Syafi buat pembedahan sebab bengkak dekat tekak Syafi tu memang agak besar. Dia kata paling cepat boleh buat pun next month ( sekitar Mei) sebab waktu tu dia cam agak busy. Doktor tu bagitau, kalau nak operate, keadaan patient mestilah sihat walafiat, X boleh demam/batuk/selesema pun.

Pada 30/5/2016, kami pergi sekali lagi ke KPJ sebab doktor nak tangok keadaan Syafi. Masa tu belum tau pun lagi memang dia perlu buat operation ke x sebenarnya. Lepas doktor check condition dia, doktor cakap doktor boleh buat operation pada 1/6/2016. Seriously, sebenarnya aku cam x ready lagi dengan operation yg dibuat secara short notice camtu .Tapi setelah menimbangkan banyak faktor, aku redha.. Just mengharap yang terbaik je untuk Syafi :'(




Tu gambar tekak dia. Nampak x tonsil tu besar. Walaupun dah x de demam/batuk, saiznya memang sentiasa besar camtu... Sebab tu doktor suggest untuk buat operation. Sooner or later, memang still kena buat. Cuma kalau buat waktu kecil, lebih cepat pulih (katanya) , x de la ganggu sgt pembelajaran bila dah start sekolah nanti sebab asyik demam, etc etc....

-bersambung ke post seterusnya -->pembedahan tonsil anak saya-PART 2





Tuesday 24 May 2016

Anas is 1 year young !!

Dedicated to my beloved son, Anas

Semua momen waktu Mama lahirkan awak, Mama dah tulis dalam entry ni--> Pengalaman Melahirkan Anak Kedua. Rasa macam baru sangat kejadian tu berlaku, tetibe rupanya awak dah 1 tahun...

24 Mei… 

Awak lahir pada tarikh ini tahun lepas.

Kelahiran yang sangat mudah. Hampir semua doa & impian Mama waktu melahirkan awak dimakbulkan.


Awak lahir pada subuh yang tenang, x lama lepas azan Subuh berkumandang. X perlu queue nak masuk LR sebab waktu sampai Hospital pun condition memang dah memerlukan terus masuk LR. Sakit contraction jam2 pertama tu masih mampu ditanggung. Cuma dah last2 tu je baru rasa x tahan sampai terus ajak Papa g sepital. (Nasib baik awak x keluar waktu dalam kereta)..

Perjalanan dari rumah ke hospital sangat smooth sebab waktu tu jalanraya masih kosong. Awak lahir pada hari Ahad. Memang Mama selalu berdoa supaya awak keluar waktu cuti, jadi Mama x perlu nak ambil cuti awal sebelum bersalin. (Jumaat sebelum awak keluar, Mama still pergi office kerja mcm biasa. Malah, Sabtu tu kita siap jalan2 kat shopping Mall berjam-jam lagi)

Tapi part yang Mama berangan nak make up cantik2 macam Che Ta sebelum bersalin, Mama x dan nak buat.. Tengah sakit malam buta memang terlupa terus impian yang satu nih..Haha 
Selamat Hari Lahir yang pertama , Muhammad Anas Ukasyah kesayangan Mama!!
Semoga awak membesar dgn baik dan sempurna.
Semoga membesarkan awak semudah mengandungkan awak & melahirkan awak ke dunia 

Pencapaian Anas :-
Perkataan (yang difahami) : Allah, Mama, Papa, baba (babai), ok’owww…

Aktiviti kesukaan : Berlari (still tergolek2) , memanjat , berebut mainan ,menangis pada waktu x perlu pun nangis camtu, buat mimik muka pelik2 
Gigi : 4 batang

No special celebration for you, Sayang.. Sorry :( .. Awak pun belum pandai tiup kek/makan kek lagi,kan ..hehe..

Tahun ni Mama bagi awak hadiah sepasang baju yang comel je ye sebab banyak baju awak dah x muat. Sian awak, asyik mewarisi baju Abang Syafi je kan... 

Apa pun, sile tahu bahawa Mama sayang Anas sangat2... Kalau diberi peluang sekali lagi untuk bersalin + lahirkan anak semudah apa yg Mama lalui waktu mengandungkan + melahirkan awak, Mama sanggup!! Tiap tahun pun xpe..Hahaha.. Jadi anak yg soleh ye, sayang...

Thursday 17 March 2016

KEREPEK POPIA SEAWEED SUPER SEDAP EPISOD 2 :)

Dulu aku pernah buat entry sekali pasal kerepek popia seaweed ni ---> Kerepek Popia Seaweed (Episod 1)

Pastu atas faktor kemalasan, after raya tahun lepas aku cam stop kejap jual kerepek tu..Hihi..Dasar tau..

Sekarang I am back for good... Dan aku turut menawarkan promosi hebat..Hehehehe..Meh la try bende ni..Rugi sangat kalau x cuba !!

Rasa kerepek ni of course la super duper sedap sama macam dulu..

So harga kali ni lagi best 



1 balang RM 12/each
5 balang RM 11/each
10 balang RM10/each


(exc postage)

Testimoni untuk kerepek ni memang berlambak. So far semua pelanggan aku amat berpuashati. Malah ramai di antara mereka yg repeat order..


Meh aku share sikit antara testimoni yg aku ada,k :)









                                                                                         

Actually banyak lagi testimoni lain yg aku dapat..Cukup la tepek sikit2 je ye doppp...

So barang siapa nak rasa keenakan kerepek popia seaweed ni, boleh pm aku or boleh wassap di no 01136630271 :)


In Shaa Allah sape2 yg x reti makan seaweed pun pasti akan reti makan kerepek ni..Don't worry!!



Syafi mmg suke sgt kerepek ni..Jadinye, aku ni lebih kurang sendiri jual sendiri makan la jugak..Wakakaka :D

Thursday 10 March 2016

Kisah Stroller Anak-anakku

Sebelum anak sulung (Syafi) lahir, kami memang dah beli stroller siap2.. Stroller yang menjadi pilihan hati suami aku adalah SCR6..Kitorg beli waktu babayfair dekat Mid Velly. Waktu tu, akku dah rasa stroller SCR ni cam agak bulky..Tapi En.Asben ni dah berkenan sgt dgn design dia yg nampak cam modern..Pastu dia yakin kalau cabut tayar stroller tu, x de masalah nak sumbat dlm bonet Myvi...Aku mls la nak argue2 sgt sbb yang bayar dia, yang akan memunggah keluar masuk kereta pun dia jugak..So not a big deal..Haha


Hari pertama stroller ni sah jadi milik kami, sewaktu Syafi masih dlm perut Mama :')

Ni Syafi waktu 6 bulan agaknye la..Duduk da cam pesen ape ntah dlm tu..Huhu

Sejak Syafi baby dl, dia memang ok je duduk dlm stroller bila jalan2 ke sana sini. Memang x dinafikan la, stroller SCR6 ni agak comfy la bila duduk & diusung ke sana sini sbb dia stabil..Tayar besar katanya kan..Cuma dia memang gedabak weyh.. Separuh bonet kereta  mmg dia punya space je... So klu g balik kampung, haruslah bonet kereta tu penuh gila sebab kitorg ni pulak memang jenis yang membawak macam2 barang keperluan spt nak terus pindah gayanya...Huhu

Waktu umur Syafi dah setahun lebih, kami beli stroller Maclaren Techno XT... Saje beli sebab time tu kitorg nak g bercuti kat Cameron Highland..Jadi rasa x sesuai bwk SCR6..

See..Boleh bwk Maclaren ni masuk celah2 ladang teh tau :)

Memang best Maclaren tu..Dahla jimat space, ringan, kukuh, yang paling best sng gile nak diurus. Pastu masa beli tu siap dpt free rain cover.. Best sesangat... Sampai sekarang aku memang suka stroller ni.. Cuma agaknye sebab anakku terlebih berat + faktor kekerapan menggunakan stroller tu, kain pelapik dia ada terkoyak sikit...Sedih..:'( Tapi aku dah jahit dah & alter apa yg patut.. Tempat pemegang dia pun ada rosak sikit jugak, tapi tu pun aku dah repair..Hahaha..

Syafi tu walaupun dah 3 tahun, still nak duduk stroller kalau jalan2 kat mall. Dia jeles tgk adik dia ddk dlm stroller agaknye..Jadi kalau nak jln2, memang la kami kne bawak 2 stroller tu ke sana sini.Mak ayahnye kene sorong sorg satu..Hihi..Makanya, memang bonet kereta penuh sgt..

Jadi kami mula la berfikir nak tukar stroller SCR kpd stroller yg lebih kecik. Kami decide untuk jual SCR6 tu.Memang sedih sbnrnye..Maklumlah, tu kan stroller Syafi sejak dia baby.Banyak kenangan dgn SCR6 tu..Anas pun sempat gak guna SCR6 tu walaupun x lama.. Tapi kami terpaksa la  buat keputusan tu memandangkan banyak faktor lain perlu diambil kire..Sobsobsob..

Masa nak jual tu memang sayu ok..Harap2 SCR6 yg dikasihi itu selamat dan bahagia bersama tuan yg baru :'(  Pembelinya orang Johor. Kami guna khidmat pos laju..Mahal gak kos postage.RM60++ lebih kurang.X pelah, asalkan selamat sampai..



Beberapa hari sebelum stroller SCR6 bertemu tuan yang baru..Syafi masih suka duduk dlm tu wlwpun da agak sempit sebenarnye



Dah siap dibungkus untuk di pos :'(


Lepas dapat dana hasil jualan SCR6, kami pun mula lah mencarik stroller lain..Hihi.. Carik punya carik, kami decide beli stroller jenis lipat payung jugak mcm Maclaren tu.Cuma brand lain la.. Amik 2 terus. 1 brand Valco, 1 brand Cybex...

Valco yang kaler merah tu boleh menampung up to 25kg.. Pastu ada space untuk Syafi mengiring sikit...Hihi..Cybex yang kaler biru. Saiz & function memang lebih kurang Maclaren.. Boleh attach rain cover Maclaren jugak.. Best :)
                                              

So far, ok lah jugak stroller yang sekarang ni... Senang diurus sama mcm Maclaren. Yang Maclaren kami tu pun ada je lagi..Skang ni maknanya ada 3 stroller kat rumah..Selagi anak2 nak duduk dalam stroller, selagi tu la kami akan guna stroller tu utk jln2..Nak dukung x larat hoih..Pakai baby carrier pun dah terasa jugak la keberatannya..Hihi

:)








Friday 5 February 2016

Repair Tudung Bawal

Aku adalah pengguna tegar tudung bawal. Sonang, x yah nak belit2 segala..Kalau teringin nak ber shawl, aku pakai la jugak sekali-sekala..Tapi memang lebih prefer tudung bawal.. Simple & mudah diurus kekdahnye..Lagi2 dengan adanya 2 hero kecik. Kalau lilit sana lilit sini ala-ala hijabista tu macam agak leceh sikit la bagi orang macam aku ni..Hihi

Tapi masalah tudung bawal ni ialah, selalu sangat ada bekas kesan-kesan brooch kat tudung. Kadang tu tercarik sana lah, tercarik sinilah.. Jadi bile dah banyak lubang2 atau kesan tercarik-carik kat tudung, mesti la kita akan rasa da x nak pakai lagi tudung tu kan..

Jadi harini aku nak ajar cara-cara repair tudung bawal yang berbekas bile kite guna brooch (sebenarnye untuk shawl pun blh) supaya kita boleh pakai balik tudung tu dengan penuh kompiden.



Bahan-bahan yang diperlukan

1. Tudung yang nak direpair
2. Klip kertas (boleh jugak guna duit syiling / apa2 bahan logam yang tidak tajam)







Caranya:

Tengok alur kerosakan tu. Kemudian gosok2 klip kat kawasan tersebut ikut alurnya..Kalau melintang yang rosak, gosok secara melintang. 

Proses ni amik masa sekejap je selalunya.

Tips : Kalau kerosakan tu alur dia menegak, kena try gosok samada gosokan ke atas or ke bawah (masih dalam posisi menegak). Tengok gosokan yang mana yang akan mengelokkan tudung. Kalau perlu, boleh gosok timbal balik.




Inilah hasilnya... Taraaaaaaa

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Setel... Dah siap. Boleh la pakai.. Mudah, bukan...

X payah beli tudung baru...:)



Thursday 4 February 2016

Kisah Aku dan Tesco

Hari Ahad lepas kami g Tesco, beli barang keperluan rumah macam biasa.. Masa nak buat pembayaran, aku dah pesan kat En. Asben untuk bagi kupon kat cashier tu. Dengan pembelian RM120 ke atas, blh dpt RM12 saving..Banyak la tu kan..

Beginilah rupa kupon tu. Cuma expired date dia je lain


So beli punye beli, scan itu ini, boleh pulak cashier tu lupa nak scan kupon yang En.Asben dah serahkan awal2 kat dia. Sebab dia dah keluarkan resit pembelian, dia cakap dia x boleh nak guna kupon tu. So dia suggest kami guna untuk pembelian yang seterusnya (kupon tu expired 14.2.2016).

Aku rasa x puas hati la kan sebab dia ingat kami ni cop duit ke nak shopping2 sampai  RM120 dlm waktu terdekat ni. Aku tanya dia, apa cara lain yg boleh kami buat supaya kupon tu dapat digunakan. Dah sah-sah kejadian tu berlaku atas kecuaian dia. Dia cakap dgn muka cam malas2 nak layan " Boleh tu memang lah boleh...tapi lambat la..sebab saya kena cancel semua transaction.. Lepas tu scan balik semua item satu persatu..." Waktu tu barang kat troli kami memang agak penuh la jugak. Pastu queue kat kaunter tu pun memang agak panjang, tau je r, weekend katanya..Mungkin sebab tu la dia cam malas2 nak layan kami.. Malas nak gaduh2 kat kaunter yg org tengah beratur panjang, kami pun blah je..

Aku memang x puashati sebenarnye..Lagi2 bila dia buat muka cam kerek.. So aku decide g je ke kaunter customer service untuk buat pertanyaan. Niatnye aku tanye diorg, x blh ke diorg refund je RM12 sbb kirenye diorg da amik duit tu kan.Just swap je la ngan kupon kami.. Staff in charge customer service tu cakap,  klu nak, kne g kat kaunter tempat aku buat pembelian tu balik semula sebab hanya kaunter tu yg blh buat pembayaran balik kat aku. So ok la, fine..aku pun diiringi oleh staff customer service tu g la kaunter tu balik semula.. Tapi kebetulan staff kaunter tu dah keluar rehat. Ceitt... Apelah nasib...(Agaknye sebab tu la dia buat muka malas2 nak layan kami memula tu) Pastu staff customer service tu gtaw, aku kne tunggu sejam sampai staff dia habis waktu rehat...

Haruslah aku makin rasa geram.  Sanggup diorg bg cadangan mcm tu kat aku yang tengah bersama 2 orang anak kecik.. X logik sangat hokeyh. Aku tanye dia, boleh x kalau aku datang esoknye (Isnin) je sebab leceh la kan nk tunggu sejam..Tapi dia cakap apa2 urusan kena setelkan on the same day.. Aku pun buat la muka kesian, ye la, kebetulan waktu tu Syafi tengah cam buat perangai..Hahaha..So dia cakap dia nak try tnye supervisor dia.

Tak lama lepastu, supervisor dia datang. Tapi supervisor dia tu aku rasa cam x de fungsi mahupun memberi idea bernas pun..En.Asben pun naik geram ngan diorg punye explanation .

Lebih kurang la conversation between En.Asben & so-called-supervisor :-

En.Asben : X boleh ke awak amik je kupon tu, tulis remark, lepastu awak bg cash semula kat saya..Sebab duit tu awak dah terima
Supervisor hampeh : X boleh Encik...Kalau Encik nak, Encik memang kena tunggu staff tu balik dalam waktu 1 jam lagi..
En. Asben: Awak x kan x leh nak handle. X de kuasa nak bukak kaunter tu ke?
Supervisor : X de Encik..No password tu hanya staff tu je yang tahu
En. Asben : X kan awak x de SOP dalam buat kerja. Habis, kalau staff tu memang x balik, x kan awak  x boleh nk uruskan kaunter tu? Xkan awak x de cara nak handle contingency? 

Maka terdiamlah supervisor itu..Pastu dia suruh aku ikut dia g jumpe supervisor dia pulak kot (Yang pakai vest ijau)..Ntah aku pun x tau jawatan diorg sbnonye..Berapa banyak pangkat supervisor kat Tesco pun aku x tahu .. Hihi.. 

Time tu aku jalan terkedek2 sikit sebab Syafi tu kan tengah meragam nak capai mainan..Haha..Waktu aku sampai tu, si supervisor pertama tu tgh cam nak explain kat boss dia tu la..Lepas aku dtg, terus dia diam untuk memberi ruang aku explain sendiri.

X payah nak cerita panjang pun weyh waktu tu, bos dia tu cakap "Maafkan kami ye Puan.. Saya akan refund RM12.00 kat Puan..". Aku rasa dia mls nak bising2.. Ha, memang itu pun yang sewajarnya kan..Hahaha..Aku pun mls nk ulang2 cerita sama banyak kali..

Aku dengar yang bos tu tanya supervisor yg 1st tu " kau ada kan no password mesin cash ni".. time tu boleh pulak la si supervisor 1st tu jawab "ada".. Hangin je kan..Nampak sgt la awal2 tadi mase En.Asben membebel2 tu dia menipu cakap x de no pasword etc etc..Puiiiii

So aku terus dapat RM12 tu..Setel..X payah nak kena scan balik semula semua barang la, tunggu sejam sampai staff tu balik la,dan mcm2 idea ngarot yang lain...Dia amik kupon RM12 tu, pastu buat remark kat kupon tersebut..

Pengajarannye, ko ada hak kot..Gunakan hak kau tu.. Rajin ngan x je nak suarakan ketidakpuasan hati..Haha..

Sebenarnye aku memang selalu ada masalah ngan Tesco.. Sepanjang perkenalan aku dgn Tesco, dah banyak kali aku terpaksa g ke kaunter customer service...Hahaha..

Lagipun, opis aku ni memang dekat ngan Tesco..Lunch hour kadang tu aku g lunch kat food court Tesco. Kalau weekend pulak aku selalu jugak g Tesco ngan En.Asben sebab slalu ada promosi macam2...Mane mall yang ada offer barang yang aku nak pada harga yang rendah, maka ke situlah kami bershopping..

Jadi walaupun banyak kali berdepan masalah sampai kena jumpe customer service, aku memang akan tetap datang ke Tesco ..Biar je semua staff customer service tu kenal aku....Asalkan aku puas hati..Kikikiki :P

Friday 22 January 2016

Review : Breast Pump Eve Love Lily

Anas dah dekat 8 bulan baru terasa rajin nak buat review pasal breast pump Eve Love Lily ni..Hihi..

Aku beli Breast Pump ( BP) ni sebelum aku bersalin. Mengikut pengalaman aku yang terdahulu, aku yakin bahawa breast pump merupakan must have item untuk aku. Due date melahirkan Anas adalah sekitar Mei 2015. Jadi beberapa bulan sebelum tu aku memang dah start survey breast pump apa yang aku nak guna memandangkan breast pump Autumnz yang aku guna waktu Syafi kecik2 dulu la rosak.

Ikut hati, sangat lah teringin nak memilik BP Medela Freestyle..Sape yg x nak good stuff cenggitu..Tapi harganya mahal hoih :'( Rasa cam berat hati nak keluarkan duit banyak2 semata2 untuk dapatkan breast pump itu sebab duit x banyak..Haha..Tapi hati tu teringin sangat model yang membolehkan kita mengepam sambil beraksi bebas (ala2 Medela Freestyle)..So google sana google sini, aku jumpe la kewujudan BP Eve Love Lily.. Sebelum tu memang x tau pun ada BP jenama ni.. 

Waktu tu, banyak peniaga online buat offer harga promosi sebelum GST. Kalau beli lepas bulan April 2015 harganya dah lain sikit (kata mereka la..I dunno betul ke x).. So akhir bulan March tu aku dapat grab set BP ni pada harga pakej iaitu RM500 termasuk few free item..Aku beli kat FB --> Eve Love Sdn Bhd. Kire kompomlah aku x beli Medela Freestyle yg aku idamkan itu..Sobssss...


Ini lah item yang ada dalam set Eve Love Lily.. Pastu pakej yang aku beli tu dapat barangan percuma jugak iaitu  Cooler Bag 2 In 1, Ice Brick, Plastic Storage (1 box) ngan breast milk storage bottle (1 box/ 6 bottles)..

Dua hari selepas buat pembayaran, barang ni pun selamat la sampai ke tangan aku...







Barangan yang ada dalam set BP Lily selain motor pam tu ialah :-

Dalam kotak tu jugak diorang bagi free 1 Bustier standard saiz .(ni ala2 macam bra yang membolehkan kita pam secara freestyle)- Tapi aku x pernah guna..Haha  



Apa yang jadi kriteria utama aku pilih pam untuk kali ni?

1. Boleh Freestyle : checked (padahal bukan mengepam sambil buat aksi bebas sangat pun..Hahahaha)

2. Harga - Checked. Kire untuk aku, dalam bajet mampu milik (kalau Medela Freestyle tu cam tahap sukar dimiliki )


3.  Saiz -Sebenarnya aku harap saiz dia lebih kecil berbanding yang ni. Ni bentuk dia cam radio mini la aku rasa..Haha..Sebab segi empat kot..Kikiki


4. Electric - Checked. Yang best pasal BP ni aialah, ianya dibuat secara built in rechargeable battery. So tiap malam aku cas siap2, esok tinggal guna je xpayah nak kena sambung kat plug. Memang agak mudah. Tapi terpikir jugak, kalau tetibe battery dalam tu rosak/ adapter x ley function kang x masal x de option lain dah kan.. Dia x de option guna battery 3A tu tau..Kire memang guna built in battery semata-mata.

5. Bunyi - Checked. Pada aku, buyik pam ni memang agak slow.


6. Senang- Checked. Senang disini ialah part2 dia mestilah senang nak dipasang dan di dismantle.Dan harus juga senang nak dicuci..Anti-backflow kit seperti gambar di atas tu adalah optional..Aku memang x pernah guna langsung sebab saiz dia cam besar. Lagipun malas nak pasang banyak2 barang.. Dasar pemalas tau..Haha..Cara nak guna pun mudah saje, x rumit langsung..Memula kite guna stimulation phase, tujuannya utk massage breast and trigger let down reflex. Pastu kang bile susu dah keluar, boleh proceed ke expression phase pulak.. Ada 4 Suction Level..Terpulang la nak kuat camne kan..O ye, pam ni ada frequency mode button tau.. kalau tekan button ni, susu akan keluar lagi cepat..



So persoalannya best ke tidak BP ni?

Jujurnya... MEMANG BEST.. Proses mengepam susu memang jadi mudah. Luckily la aku dah sediakan BP ni sebelum bersalin kan.. X silap aku dulu hari ke 3 bersalin aku dah mula mengepam . Nak guna single boleh, nak guna double pun boleh.. Depends.. Cuma personally, aku rasa, kalau guna single macam lagi laju susu keluar untuk dapat sebotol penuh..Pastu sambung pam lagi sebelah pulak untuk dapatkan 1 botol penuh lagi... Kalau guna double, susu memang keluar jugak, cuma nak penuhkan 2 botol tu macan lambat sikit berbanding pam secara single... Lain orang lain kot kesannya ek..

Dia punye suction pun ok la..Lebih kurang cam suction bayi. So far, pam ni memang amat membantu aku membuat stok susu yang menimbun kat rumah tu, Alhamdulillah...

So ape pulak yang x best pasal pam ni?

1. Pam aku ni  terpaksa di servis sebanyak 2 kali. Kali pertama waktu Anas berusia less than 3 month. X tau kenapa, tetibe dia jammed. Memandangkan  still under warranty, aku pos BP tu kat HQ dia di Shah Alam. Masa tu lambat gak diorg nak return semula barang tu pada aku..Mungkin sebab kebetulan waktu tu musim perayaan, so semua orang bz.. Seminggu lebih jugakla baru aku terima BP yang siap diservis.Tapi sebenarnye spi skang aku x tau kenapa pam tu jammed tetibe..


2.Yang kali kedua tu pulak, pam ni buat hal waktu Anas berumur 6 bulan lebih kurang. Yang kali kedua tetibe suction dia jadi slow yang slow gile2..Nak dapatkan 1 botol pun hampir 1 jam..Sedih.. . Stress gile kot waktu tu..Ingatkan ada part dia yang bocor ke ape ke, tapi tidak ye..Motor pam tu yg punya hal sebenarnya.. Yang kali kedua tu, dalam tempoh 2 hari selepas dihantar, diorg dah pulangkan balik pam tu pada aku.. Nasib baik pantas & efisyen gak la kan. Tapi sedihla jugak, x sampai setahun guna dah kena servis sampai 2 kali..:(

3. Aku mengharapkan dia punya motor akan muncul dengan saiz yang lebih comel dan ringan supaya boleh digantung /letak dalam poket sambil mengepam..Barulah lebih efisyen untuk buat freestyle..Ye dopp..

4. Aku juga mengharapkan agar pam tu mempunyai option tambahan seperti boleh guna battery biasa / convert jadi manual. Mane r tau tetibe x de karen ke ape ke kan, at least x de r terkapai2 ku kelemasan..Eh tetibe..Haha


So begitulah review mengenai pam ni.. Dah hampir 8 bulan pam ni membantu aku, almost everyday.. Semoga dia akan terus berbakti pada aku dengan penuh cemerlang.. :)


Thursday 21 January 2016

Anak dah membesar :')

Syafi panggi pengasuh dia tu "Ibu".. Suami pengasuh tu pulak dia panggil "Abah".. Saje ikut gelaran yang anak2 pengasuh tu panggil mak ayah diorang...

Pagi semalam, masa hantar Syafi dekat rumah pengasuh tu, "Abah" tengah keluarkan motor dari garaj umah dia.. Syafi punye la excited sebab nampak Abah keluarkan motor, terjerit2 dia waktu dalam kereta nak suruh aku bukak pintu cepat2 sebab dia nak ikut Abah naik motor..Risau kena tinggal..

Abah datang kat kereta aku, tanye kenapa Syafi jerit2... Aku bagitaula Syafi nak ikut naik motor.. 

Abah : Syafi, Abah nak g pasar kejap, beli ikan..Syafi x boleh ikut... Syafi duduk rumah ye...
Syafi  : ...... (Angguk & senyum dalam kedaan yang terpaksa..Muka kelihatan sgt frust)


Siannye Syafi.... :(

Waktu tengok situasi yg berlaku tu, aku tetibe rasa cam sedih. Bukan sebab Syafi x dapat ikut.. Tapi lebih kepada sebak bile menyedari hakikat Syafi dah besar.. Dah boleh dengar arahan..Dah tau dengan sape dia boleh nak manja beriye, ngan sape kene control2 sikit.. Kalau Papa dia yang cakap camtu kat dia, kompom la dia meraung2 nak ikut jugak kan...

Umur Syafi tu hakikatnya baru 3 tahun walaupun fizikal dia besar macam umur 7 tahun..Hihi.. Kalau ngan kami, dia memang manja. Contoh kemanjaan dia ialah, kalau nk suruh aku buatkan susu tapi aku acah2 malas nak layan, dia akan cium pipi aku 10 kali..Pastu dia akan tarik tangan aku nak suruh aku bangun (kire wajib penuhi permintaan dia sebab dia dah cium aku 10 kali).. Pastu kang bile nak minum susu, nak mintak ditepuk2 la pulak..Sambil ditepuk2 tu, dia nak main2 siku kita.. Hahaha..Nampak cam gedik,kan..Tapi itulah perangai dia... Tapi bile kat rumah pengasuh, dia xde pun nak mintak ditepuk or nak main siku Ibu dia tu...


Sekarang dia punya pe'el nak mintak kita temankan dia sambung baring lagi sambil ditepuk2 setiap pagi.. Kalau dia buat perangan manje terlebih dia waktu hari bekerja, mmg aku jadi lintang pukang la kan.Mana nak melayan karenah dia, nak  kena uruskan Anas, nak kena siapkan bekal diorg, siapkan beg diorang, dan akibatnye kang yg paling payah ialah nak siapkan diri sendiri..Haha.. jadi kalau verangan nak pakai eye shadow mascara bagai tu sile mimpi tahun lain je la ye.. Kikikiki..

Jadi aku berazam, sebelum dia makin membesar, aku nak sayang dia banyak2 supaya dia tahu aku memang sayang dia sangat2...X mo marah2.. Xmo garang2.. Nanti kalau makin besar makin banyak perubahan yang akan berlaku secara semulajadi.. 

Nanti kalau asingkan bilik tidur camne la perasaan agaknye kan..Kalau antar dia kat sekolah kang pun mesti sedih..Apetah lagi kalau antar g sekolah asrama..Pastu nak lepaskan dia kawen kang mungkin perasaannnye lebih syahdu... Eh eh Mama dia ni memang suka pikir benda2 yg blm berlaku tau, pastu kang sedih sendiri..hahaha..Mama overrr :p

Ni aksi dia masuk dalam car seat adik dia.. Dah la nyebok masuk dalam tu, siap nak main mainan yg gantung tu lagi.. Haha..lawok2..No matter how old he is, he will always be my baby :')

I love u .Juta. Million. Billion. Trillion. Infinity....