LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Tuesday 14 June 2016

:(

Geram

Marah

Letih

Penat

Stress

Kecewa


..and the list goes on...


Jadi aku tuliskan perasaan aku sekarang di sini supaya rasa itu terluah. Kerana kalau perasaan itu dibiarkan terpendam, hati sendiri yang akan sakit. Walaupun aku tau, kalau tulis dekat sini, rasa mcm x de beza pun..

:(

Sebab aku tau, tiada manusia yg layak dengar aduan aku ni

.. Kena mengadu dekat Allah je~~~

Friday 10 June 2016

DUGAAN BERTIMPA-TIMPA

Kali ni nak stori pasal beberapa ujian & dugaan yg berlaku kat aku & En.Asben for the whole week.

Syafi kena admit masuk ward pada 31/5/2016 memandangkan operation  membuang tonsilnya akan dijalankan pada pagi 1/6/2016 (Rabu). Check-in sepital sekitar pukul 9.30 malam sebab katil penuh. Lotih weyh.Padahal memang gerak dari rumah sebelum Maghrib sebab ingatkan lepas Maghrib tu dah boleh dapat katil. En.Asben jaga Syafi kat sepital waktu malam, aku memang kena balik rumah sebab ada Anas yang perlu di jaga. So ikut plannye x nak la balik lewat malam sangat. Aku ni risau gak drive sorg2 tengah malam..Anas aku tumpangkan kat umah pengasuh jap.Jadi cam rasa segan pula kalau nyusahkan dia spi tengah2 malam..Tapi nak wat camne kan..Lepas setelkan semua urusan, aku sampai rumah dekat pukul 11 malam jugak la..


Esoknye, aku x sempat nk jumpe Syafi sebelum dia masuk operation theater. Banyak bende nak buat, jadi memang agak terkedek2..Hehe.. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Siang tu tinggalkan Anas kat rumah BS cam biasa. Cuma agak lewat la sampai umah BS untuk amik Anas iaitu sekitar 7.30 pm sebab hari tu hujan lebat ya Ampun.

                               
   Wajah selepas keluar OT.. Baju OT tu sangatla comel :)

Hari seterusnya, Syafi dah dibenarkan pulang ke rumah. Lega

Maka bermulalah urusan menjaga pesakit di rumah. Selera makan Syafi memang drop terus. Sakit tekak katanya. Bila dah sakit tekak x nak makan, mulalah dia sakit perut pulak. Pastu dia muntah2 kalau minum air. Najis pulak memang yang cair secair2nya. Aku suspek itu berpunca dari kesan pengambilan ubat. Memang kesian sgt2 tgk keadaan dia. Jadi kerja aku asyikla membersihkan muntah ngan najis anak yg bocor..Haha..Lotih weyh...

Hujung minggu tu, pelan asalnye nak balik kampung Meru sempena cuti sekolah. Tapi sebab kesihatan Syafi sangat x mengizinkan, kami terpaksa batalkan niat tu. 

                              
     The Real Slim Syafi :(


Cumanya, pada hari Sabtu, En.Asben ajak keluar g pasaraya sekejap utk carik barang. Maklumlah, Isnin dah nak puasa. Barang dapur perlu di top up. Memula tu aku cakap kalau Syafi x larat ikut, mungkin aku kena ddk rumah je. Tapi En.Asben ajak temankan dia sebab kang dia sunyi sorang2 (En.Asben memang manja orangnya..Haha). So memang bawak siap2 barang keperluan Syafi takut dia muntah/berak melimpah cam slalu tu..Haha

Jadi lepas Asar tu kami pun gerak la ke bandar Port Dickson. Kami decide nak lepak2 jap kat PD Walk bagi anak2 makan sambil tengok orang main belon/layang2.Ni kire cam inisiatif nak menyuap Syafi makan sebenarnya. Aku bawakkan mashed potato untuk Syafi & belikan bubur Ayam McD jugak.. Sudahnye berapa suap je masuk dalam mulut dia sebab dia x de selera.

Pastu memandangkan dah hampir pukul 7, kami decide nak beli barang2 rumah after Maghrib je sebab x nak la terkejar2. Baik solat dulu siap2,kan.. Sebelum nak ke Masjid, tekak aku teringin sangat nak minum cool blog. Ni semua angkara En Asben parking depan Starbuck.. Kaitan??? Starbuck mahal, Coolblog murah...Wakakaka.... Tapi rupanya Coolblog kat PD Walk tu dah ditutup. So kami decide nak beli air jenis2 camtu kat kedai dalam bangunan TF. En. Asben kata dia dropkan aku kejap depan pintu masuk sementara dia nak park kereta tepi jalan. So aku pun masukla dalam TF utk beli air tu ha.

Masa nak bayar, handphone berbunyi. En.Asben call. Kupikir dia nak bagitau lokasi dia parking. Bukan!!! Dia call bagitau kereta kami kena langgar.Dang! Aku cepat2 bayar, terus keluar. Lokasi kejadian cuma beberapa meter je dari tempat beliau dropkan aku..Huhu 

Motor sondol bumper depan kerete Si Purple..Hancur terus bumper..Tapi nasib baik xde siapa yang cedera teruk. Penunggang motor tu ada la luka2 sikit.Yang ajaibnye motor dia x de pape..Memang nasib baik sangat. Camne boleh eksideng??? En.Asben nak belok kat simpang tu. Dia berentikan kereta, tengok kiri kanan, tetiba motor tu muncul langgar bumper. Camtu je. Huwaaaa..


Keadaan Si Purple :'(


Jadi terpaksalah kami tunggulah pakcik polis datang amik gambo itu ini kat lokasi kejadian. Sementara tu aku solat dl kat surat pasaraya TF tu. Sebelum nak solat tu, Syafi berak kluar najis banyak gilos..So kne la handle beliau dl..Huhu..Memang la loteyhh

Lepas siap sembahyang, terus g balai polis nak buat urusan report dsb. Dah pukul 8 lebih baru setel semua. En Asben cakap, polis cakap walaupun kami yg dilanggar, tapi kereta kami tetap dianggap bersalah sebab terkeluar sikit 1 tapak kaki waktu kat simpang itu. So sebab malas nk panjang cerita, kena bayar denda RM150 kalau bayar on the spot. Kalau lewat, kena bayar RM300...Jadi En Asben bayar la amount itu... Aku malas nak cakap banyak wlwpun sebenarnye macam banyak bende aku nak bebelkan..Huwaaaaa

                                           
Lokasi: Dalam Balai Polis. Main nset Papa jap sementara Papa setelkan urusan ngan Atok Polis :'(


After setel kat balai polis, g Ambank jap bayar duit kereta bulanan.(Ni memang antara yg nak dibuat pada hari tersebut). Bulan tu lambat bayar sebab bz bebeno katanya..Hikss.. Pas setel, terus balik umah.Mood da x ok kan.. Syafi asyikla tanya kenapa kita x pegi kedai.. Huhu..Nak g kedai camno Nak oii, kete dah eksideng tu ha~~~Nasib baiklah x payah sampai nk kne angkut guna towing truck.. Sadis kan. X dapatlah beli barang2 untuk menyambut Ramadhan pada hari itu.

Nak x nak, kena lah keluar pada hari Ahad. Bawak anak2 g breakfast kat kedai dulu. Syafi ye ye o je cakap nk makan soto. Sampai kat kedai, 5 suap pun dia x abis makan..Sian sgt...

Again, kami g TF carik barang2 rumah. Pastu g round2 carik workshop. Tapi memandangkan hari tu hari Ahad, kebanyakan workshop tutup. Terpaksalah tunggu hari Isnin.

Isnin, 1 Ramadhan, En.Asben kena gerak g office naik kete Si Putih pagi2 untuk thumb in. Pastu balik umah, amik kete Si purple yang nak dihantar ke workshop. Dalam masa sama, aku pulak kena hantar anak2 g umah pengasuh guna Si Putih , pastu follow dia g workshop tu sebab dia akan tinggalkan Si Purple kat sana untuk di baikpulih. Pastu dia hantar aku g office.Petang, pas dia thumb out, dia kena amik aku sekali lagi kat opis. Ha boleh bayangkan betapa kelam kabutnya hidup kami pada hari itu?hahaha

Selasa pun sama. En Ssben antar aku g office. Petang tu dia still kena amik aku. Pastu terus g workshop sebab tokey workshop tu cakap kereta Si Purple dah siap. Lega.... Total damage RM 700.. Nangessss...Huwaaaaaaa

Setel kisah kereta T_T

Syafi punya kisah belum setel lagi. Dia masih x de selara makan. Masih sakit tekak.Masih kena paksa minum air. Dan untuk menjadikan kisah lebih dramatik, Anas pun tetibe x sihat!! Ya Allah ~~~
                                                                  
Anas pulak ikut sama muntah2..Pastu siap berak yang najis sepesen cam najis Syafi. Kesian sangat dia. Minum sikit, muntahnye banyak..Makan pun x lalu.. Pastu berak setimbun jenis yg cair gila. Jadi bertambahlah kerja menyental muntah & najis sorang lagi pesakit...Huhuhu

Aku suspek gejala yg menimpa Syafi tu sebenarnya bukan berpunca akibat kesan pembedahan mahupun pengambilan ubat ( aku kan bajet2 doktor, memandai je)..

Mungkin diorg ni terkena virus/bakteria waktu Syafi tdo kat sepital dulu kot. Sebab waktu tu, kebetulan kawasan Seremban (termasuk KPJ Seremban) tu mengalami gangguan bekalan air. Jadi air paip kat sana walaupun masih keluar, kaler dia dah serupa macam kaler teh o. Kotor sesangat. Walaupun En.Asben ada beli air mineral utk diorg guna sepanjang kat sepital, tapi still keadaan kat situ waktu tu x bersih. Jadi aku yakin itulah punca utama dia jadik muntah2 & cirit birit. Dan kemudian dia jangkitkan pulak kat Anas... ( Ni aku rasa je la..Tapi instinct aku yakin sgt ngan theori ni).

Hari Rabu & Khamis aku bawak Syafi g office. Di samping boleh pantau kesihatan dia secara peribadi, aku jugak boleh bagi pengasuh anak2 aku tu fokus kat Anas sorg je. Maklumlah, dua2 pun x sihat, dua2 perlukan lebih perhatian kan...

                                 
Hari 1st ikut g office, Syafi hanya mampu melepek. Bantai tdo 3 jam

                      
Hari 2nd ikut g office, dah  ada selera makan sikit. Boleh la kunyah sesuap dua & minum air tanpa perlu dipaksa.


Harini, waktu aku taip entry ini, anak2 masih x sihat sangat. En Asben masih pening2 sebab duit laju sungguh bergerak seperti air yang mengalir. Masuknya sikit, keluarnya banyak...Huwaaa... dan aku? Sama la, pening jugak sebab rasa cam owh banyaknya ujian lately ni..

Tapi aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya. Lagi2 bila semua ni jadi dalam Bulan Ramadhan kan..Sebab tu, memang betul la kita ni kena sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara 


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

Semoga diberi kekuatan & kesabaran untuk tempuh semua ujian2.. Kena redha la.. Kalau rasa frust + nak komplen, cepat2 muhasabah diri betapa ramai lagi orang lain yg diuji lagi dasat bak hang~~~~


Fullstop :'(




















Monday 6 June 2016

Pembedahan Tonsil Anak Saya -PART 1-

Sekitar bulan April dulu, Syafi ada demam. Dia tu kalau demam, memang agak teruk la. Suhu tinggi, x lalu makan, muntah2, dan demam kadang tu sampai seminggu x elok2..

Waktu dia demam, aku bawak dia pergi klinik biasa. Doktor memang sahkan dia ada tonsil..Tekak bengkak. Doktor tu pesan , kalau dia still demam lagi, kena refer dekat hospital.



We went to the clinic. Dating berdua :)

Sebenarnya, tu bukan pertama kali Syafi disahkan ada tonsil. Cumanya aku & husband x de lah anggap perkara tu serius sangat sebab selalu tu lepas makan ubat & antibiotik yang doktor bagi, In Shaa Allah dia akan sembuh.

Tapi kali ni, lepas 2 minggu dia sihat, dia demam balik semula on off. Yang buat kami start risau ialah, nafas dia berbunyik kuat sangat. Kalau tidur tu, bunyik berdengkur dah macam orang tua.Nak tarik nafas pun cam susah je, dada siap berombak2.. Memang la kesian tgk keadaan dia.. Kadang tu, bila dia duduk saja pun nafas dia berbunyik jugak cam orang tengah berdengkur!! 

So satu hari tu En.Asben bawak Syafi pergi klinik kesihatan Lukut bila tengok Syafi cam susah nk bernafas. Doktor tu check punya check, dia kata tonsil Syafi memang kelihatan agak besar..So dia suggest g jumpa pakar ENT di Hospital Port Dickson.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami decide haritu jugak kami bawak Syafi pergi jumpe pakar ENT di Hospital KPJ Seremban sebab kalau g government hospital, kena melalui beberapa prosedur yang akan mengambil masa. Mak paknye x de masa nak tunggu lama2 sgt..

Di KPJ Seremban, kes Syafi dirujuk kepada pakar ENT, Prof.Dr Primuharsa Putra.. Nama dia memang unik,kan :) A very nice doctor I would say. Kali pertama dia jumpa Syafi, dia check condition Syafi & dia suggest agar Syafi buat pembedahan sebab bengkak dekat tekak Syafi tu memang agak besar. Dia kata paling cepat boleh buat pun next month ( sekitar Mei) sebab waktu tu dia cam agak busy. Doktor tu bagitau, kalau nak operate, keadaan patient mestilah sihat walafiat, X boleh demam/batuk/selesema pun.

Pada 30/5/2016, kami pergi sekali lagi ke KPJ sebab doktor nak tangok keadaan Syafi. Masa tu belum tau pun lagi memang dia perlu buat operation ke x sebenarnya. Lepas doktor check condition dia, doktor cakap doktor boleh buat operation pada 1/6/2016. Seriously, sebenarnya aku cam x ready lagi dengan operation yg dibuat secara short notice camtu .Tapi setelah menimbangkan banyak faktor, aku redha.. Just mengharap yang terbaik je untuk Syafi :'(




Tu gambar tekak dia. Nampak x tonsil tu besar. Walaupun dah x de demam/batuk, saiznya memang sentiasa besar camtu... Sebab tu doktor suggest untuk buat operation. Sooner or later, memang still kena buat. Cuma kalau buat waktu kecil, lebih cepat pulih (katanya) , x de la ganggu sgt pembelajaran bila dah start sekolah nanti sebab asyik demam, etc etc....

-bersambung ke post seterusnya -->pembedahan tonsil anak saya-PART 2