LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Tuesday 4 December 2018

Mengandung Kali Ketiga :)

Alhamdulillah. Seperti tajuk entry kali ini, saya mengandung untuk kali ketiga :)

Dah lama nak catatkan kisah ni untuk kenangan sendiri, tapi tak tertaip..  Hihi

Kalau ikut kiraan , hari ni dah masuk minggu ke 19 kehamilan. Dah trimester kedua dah pun. 

Sementara masih ingat2 lagi memori ni, meh la saya abadikan kenangan itu di sini.

Pagi 28.8.2018,  saya buat UPT. Keputusan positif. Kali ni lebih rasional, tiada adegan lompat2 bintang, just senyum2 kegembiraan je..Haha... Saya whatsapp gambar result UPT tu dekat suami saya..Saje je..Padahal memasing ada je dekat rumah. Tapi time saya buat tu, saya dekat toilet bawah. Dia dekat tingkat atas..Hihi..Dan dia baca whatsapp tu pun lepas saya dah naik atas, waktu saya nak iron baju untuk pergi kerja hari tu..Haha.. 




rajin kan saya whatsapp suami saya di awal pagi :p


Bile dah mengandung tu, terus la rasa macam antara percaya-tak percaya.. Haha ngade sangat.. Padahal kami memang OK je untuk tambah ahli keluarga sebenarnya. Malah beberapa bulan sebelum tu pun memang rajin je buat UPT..Kikiki...

Ok back to the story...

24.9.2018 : Saya bukak buku pink dekat klinik. Ni kali pertama doktor scan baby. Nampaklah ada makhluk yang kecik je dalam rahim saya ni. Halus je pun, baby masih terlalu kecik lagi...


Hello Baby!!!!

24.10.2018 : datang lagi klinik untuk temujanji bulanan & minum air gula sekali. Walaupun ni dah kehamilan ketiga, tapi masih terasa siksa saat nak menelan air gula itu..Huhu.. kembang tekak oiii... Pastu memandangkan ada peluang nak ngelat2 sikit, balance air gula (ada la dalam 1-2 teguk kot) saya x mampu habiskan dah..Ampunnn...Heee...

Secawan air gula..Huuuu :'(

Sewaktu kandungan berusia lebih kurang 8 minggu sampai la minggu ke 16 kehamilan, tetibe la tekak saya ni tak berapa lalu nak menelan makanan. Tapi paling obvious, saya sangat tak suka makan nasik dan ayam. Dan takde rasa bernafsu juga terhadap petai. Hahaha.. Padahal tu semua adalah menu kegemaran kot.  Selalu kalau makan tengahari dekat kedai, saya cuma amik lauk-pauk je. Dah macam orang tgh diet kan, padahal tidak langsung!! Tapi saya gantikan la nasik tu dengan karbohidrat lain macam kentang, spegeti, bihun, roti, dll dalam menu harian saya .. Time ni rasa la badan macam ringan je meskipun tengah mengandung 2-3 bulan..(Eleh, padahal time tu baby memang kecik sangat lagi pun)..Hahaha.. 

22.11.2018  : Ha, masa ni selera makan saya baru je kembali perlahan-lahan.. Kire dah boleh la makan nasik sikit2.. Tarikh ni saya ada temujanji bulanan dekat klinik. Appoinment dalam pukul 3. Lunch hari tu saya terlampau lapar, jadi saya makan bihun tomyam semangkuk penuh. Masa timbang berat, berat saya mengalami kenaikan 2kg.. Huhuhu.. Terus la nurse tandakan kenaikan tu dengan pen merah (sebab peningkatan berat yang melampau la konsepnye).. Saya bagitau la nurse, sy sebenarnya baru je lepas lunch makanan berkuah, tu yang berat macam naik banyak. Tapi alasan tak diterima..Haha.. Jadi dapat arahan kena datang balik semula jumpa nurse dalam tempoh 2 minggu lagi. Selain dari kenaikan berat badan, mereka juga nak tengok bacaan platlet dalam darah saya sebab setiap kali temujanji, bacaan semakin menurun. So ok la, nanti kita jumpa lagi ye nurse :) Dalam 2 minggu ni saya kena ambil bacaan BP dekat klinik yang berhampiran setiap Isnin-Khamis-Isnin-Khamis. Nasib baik area pejabat saya ni ada klinik kerajaan jugak, so tak payah la bersusah payah ke klinik tempat saya buat monthly check up itu.

Oh ye, Syafi dan Anas sangat excited ye bila  meraka tahu dalam perut saya ada adik baby. Syafi tu asyik nak ajak tengok baby (scan). Diorang kerap gak main-main perut saya sambil bercakap-cakap dengan baby. Haha comel je... In Shaa Allah lagi 2-3 minggu baru nak buat scan 3D/4D yang clear sikit tu ha. Semoga time tu boleh nampak jantina baby sekali. Sebenarnya saya tak kisah pun lelaki atau perempuan. Yang penting semoga baby sihat & sempurna kejadiannya...Aminn.. Tapi kalau tanya abang-abangnya, mereka nakkan adik lelaki sebab boleh main tembak-tembak..Ehhhhh??????

Jangkaan bersalin adalah sekitar akhir April 2019 nanti. Ada lagi lebih kurang 5 bulan untuk diharungi. Be good inside my womb ye adik baby....  Papa, Mama, Abang Syafi & Abang Anas semua sayangkan adik baby.... Kite semua tazabarrr mahu jumpe awakkkk <3






Monday 6 August 2018

Latih Anak Tidur Sendiri



Syafi dah berumur 5 tahun pada 2018 ni. Jadi, antara perkara yang Mama memang nak sangat Syafi capai di usia ini adalah tidur sendiri dalam bilik yang berasingan. 


Sebenarnya sejak dia umur 4 tahun dulu kami memang dah pernah pujuk dia supaya tidur sendiri. Tapi gagal. Mungkin waktu tu Mama Papa pun belum betul-betul bersedia nak latih dia berpisah tempat tidur dengan kami kot.

Tahun ni, nak tak nak Mama memang kena lipatgandakan usaha. Kenapa Mama? Sebab Syafi adalah anak manja Mama..Haha.. Sebenarnya Syafi tu kena ada Mama peluk dia, tepuk dia, baru dia nak tidur. Jadi langkah pertama nak ajar dia tidur sendiri, Mama pastikan dia bukan tidur sebelah Mama walaupun waktu kami masih dalam 1 bilik yang sama. Maksudnya, kalau selalu tu Mama tidur di antara Anas dan Syafi, Mama ubah tempat tidur supaya Syafi tidur sebelah Anas.

Meskipun begitu, sekali sekala dia tetap nak kena peluk. Maksudnya, Mama kena peluk Syafi dan Anas dalam sekali pelukan..Pastu Anas akan menjerit2 x selesa sebab sempit terselit kat tengah-tengah. Lepastu diorang pun bergaduh sebelum tidur. Haha.. Akhirnye kang Mama malas nak peluk dua2. Setel ;p  

Beberapa minggu yang lalu, Mama mintak izin daripada Papa untuk temankan Syafi tidur dalam bilik Syafi sendiri. Papa bagi lampu hijau. Bila Syafi dah tidur nyenyak, Mama pun perlahan-perlahan pindah bilik Mama sendiri, join Papa & Anas. Tapi masalahnya, Syafi ni kadang-kadang tersedar tengah-tengah malam carik Mama. Huu..


Kadang-kadang pukul 3 pagi dia datang  carik Mama kat bilik Mama. Mama ni dengan penuh  kasih sayang seorang Ibu selalunya akan ajak Syafi masuk balik semula bilik dia.Seboleh-bolehnya Mama tak nak offer dia join tidur dengan kami walaupun time tu mata Mama macam dah melekat tak boleh di bukak. Huu..Kenapa? Sebab nak dia disiplin dan faham yang dia dah tak boleh tidur kat bilik tu lagi.. Jadi Mama akan temankan dia sampai dia tertidur balik semula dalam bilik dia. Kadang tu kalau Mama dah x sedar,  Mama tidur je dalam bilik Syafi sampai pagi. Nasib baik Anas jarang meragam waktu malam. Dia boleh je tidur berdua dengan Papa. Anas memang ok je tidur kat mana-mana, asalkan ada Mama/Papa temankan dia. 


Minggu lepas, Mama dapat idea baru. Mama offer dia, kalau dia dapat tidur sendiri dalam bilik dia sampai pagi dalam masa 30 hari dengan syarat Mama tak payah temankan langsung &  tak payah masuk bilik Mama tengah2 malam, Mama akan bagi Syafi reward.  Bagi mencapai misi ini, Mama buatkan jadual untuk Syafi tidur sendiri selama  30 hari. Setiap kali Syafi berjaya, pagi tu Mama akan bagi 1 bintang ★. Bukan itu saje, Mama jugak setuju bagi hadiah istimewa untuk Syafi kalau Syafi berjaya selesaikan misi ini.. Hadiah apekah itu? Hadiah yang dia sangat suka, dan  memang pasti dia nak sangat bende tu (mainan yang berkaitan dengan Boboiboy..Hahaha) ..Akhirnye Syafi setuju dengan tawaran Mama. Yeay, sungguh menakjubkan sebab dia setuju tanpa banyak soal...Haha.. I am a happy Mama 😅😅😅


Dan bermula dari 30/7/2018 yang lalu, Syafi telah pun memulakan misi ini. Alhamdulillah setakat seminggu ini belum ada sebarang masalah. Adalah sekali dua dia buat muka sedih, tapi tak lama pun. Selalu antara 5-10 minit lepas dia tutup pintu, Mama akan jenguk bilik dia untuk tengok keadaan dia. Waktu tu dia dah tidur nyenyak dah pun selalunya..Haha..😁

Mama harap, dia akan berjaya selesaikan misi tidur sendiri untuk 30 hari ni sampai akhir. Lepas tu Mama doakan supaya bila dah tamat tempoh 30 hari ni nanti, dia dah boleh teruskan rutin tidur sendiri  J


                    






Wednesday 18 April 2018

Hakak dah 32 tahun!!!

(Entry ni dibuat berbulan yang lalu..Tapi post pada 18.4.2018 sebab lupa nak post-tersimpan dalam draft kisahnye....)

01.02.2018 membuatkan saya otomatik  menjadi seorang manusia yang dah berumur 32 tahun :)


A year older, a year better In Shaa Allah.

Dan tahun ni, saya sambut birthday dengan cara makan, makan, makan dan makan..Haha.. Seronok pulak makan macam2 sempena birthday sendiri.

Jadi dekat enty kali ni, saya nak share gambar2 yang berkaitan dgn my birthday.
Kenyang perut suka hati kan... :p


Ni menu lunch :








Seterusnya opis belanje makan kek




dah petang2, maka wajah sungguh letih... haha



Ni pulak picture dinner with family. Makan kat Man Tomyan Seremban. Gambar makanan lengkap x de sebab memasing kelaparan. Pinggan dah kosong baru teringat nak amik gambar..Hahaha








Few days after that, dapat peluang makan2 ngan keluarga dekat Meru. X semua ada, tapi still, ia sangat bermakna ....






Dan last but not least,  makan ngan Fatima yang sambut besday dia pada 2.2.2018. Saje nak saling menyambut belated besday memasing kononnye ..Hahaha





Best oii makan-makan. Bukan selalu buat aktiviti camni.. Ermm ye ke ? :p

Friday 19 January 2018

Salah Alamat Sewaktu Pos Barang Penting

Cuai!!!

Kisahanye macam ni.

Haritu Abah saya tidur rumah saya 1 malam... Lepas beberapa hari, baru saya perasan Abah saya tu ada tertinggal barang yang tersangat la penting dekat rumah saya.

Memandangkan saya belum pasti lagi dapat balik kampung hujung minggu nanti, saya decide la nak pos je barang tu guna khidmat penghantaran kurier.

Saya ambil keputusan nak pos ke alamat office adik saya sebab risau kot la ayah saya tak perasan posmen hantar barang ke rumah. Maklumlah, Mak saya tengah takde kat rumah sekarang sebab temankan kakak saya di Johor... (Kenapa Mak kena temankan kakak? Boleh baca entry saya yang terdahulu kat SINI )

Adik saya pesan untuk guna khidmat kurier servis CITYLINK , sebab lagi dipercayai katanya. Iye meh???? 

Lepas dah isi details semua tu, saya pun hantar la gambar tracking number dekat adik saya, untuk rujukan dia. Lepas tu saya pos je la barang tu mcm biasa.

Around pukul 6.15 petang camtu Adik saya msg, dia cakap kalau tgk dekat gambar yang saya bagi tu, saya macam dah tersalah tulis alamat.... Bila saya check balik alamat yang adik saya bagi dengan alamat yang saya tulis, memang sah saya dah tersilap... Omaigod kenapa boleh cuai sangat ni... Rasa nak luku2 kepala sendiri.

Saya pun dengan penuh gabra cepat2 call office courier service tu (Seremban Branch).. Tapi sebab dah pukul 6 lebih, officenye pun dah ditutup. Stressnyeeeeee.. Dah la barang tu memang sangat penting.. Masa tu dah terpikir kang barang tu hilang ke ape ke, abislaaa aku.. Saya ni cepat nebes tau kalau melibatkan hal2 camtu..Huuu


Ikutkan bukan la salah banyak sangat..

Cth (alamat yg betul) : A, Jln BC/1D , Kwsn Perindustrian Meru, 41050 Klang, Selangor

Tapi saya tulis :A, Kwsn Perindustrian Meru, 41050 Klang, Selangor

Jalan sudah ilang..Heee


So esoknye pukul 8 pagi saya dah call office tu lagi. Tapi x de orang angkat phone. Saya try call customer service HQ pulak.. Pun belum start beroperasi. Operator yang otomatik tu jawab pukul 8.35 pagi baru start.. Cehh...

Dalam pukul 8.45 pagi , saya try call office CITYLINK branch Seremban balik semula.. Diorang cakap barang saya dah ada dekat office CITYLINK Klang Branch.. Dah nak keluar untuk penghantaran dah pun.. So diorg bagi saya no.phone Klang Branch untuk saya maklumkan masalah saya tu.

Dalam pukul 9 pagi, baru office Klang Branch tu angkat phone setelah beberapa kali percubaan. Phewww... 

Untuk masalah mcm saya ni, apa yang saya perlu buat cuma bagi tracking number & bagi alamat yang betul untuk pihak CITYLINK inform mereka punya runner. As simple as that.. 

Tapi itulah, selagi status penghantaran belum sempurna , saya memang masih nervous . Seharian tu asyikla tengok website nak check status penghantaran. Siap pesan dekat adik saya lagi kalau barang dah diterima, kena bagitau saya secepat mungkin..

Akhirnye pukul 4.36 petang saya dapat msg drpd adik saya yang bagitau barang dah selamat sampai..Yezzaaa...Lega.. Lama gaktuh menanggung kerisauan di dalam dada.


Korang pernah alami kejadian camni tak? Cuai bebeno gamaknyeeee...

Apepun, TQ CITYLINK..Khidmat anda memang terbaik.. Saya sangat berpuashati..




x masal kene sakai >_<







Wednesday 17 January 2018

Kehilangan yang abadi

Hari ni hari Rabu, 17/1/2018

Minggu lepas, hari Rabu, 10/1/2018 kami sekeluarga kehilangan seorang ahli keluarga yang sangat baik. Terlalu baik.

Abang Ipar saya, Ahmad Azham bin Muhammad kembali menemui Allah, Sang Pencipta... :(

Beliau meninggal disebabkan kemalangan sewaktu dalam perjalanan nak hantar anak ke sekolah. Pada saya, kematian akibat kemalangan adalah sesuatu yang sangat tragis.. Sebab itu adalah pemergian tanpa apa-apa pesan, tanpa apa-apa tanda, untuk selama-lamanya...

Kereta arwah bertembung dengan treler. 

Dalam kereta tu ada 2 orang. Arwah Abang Ipar saya dan anaknya, Luqman...

Luqman patah kaki. Muka pun ada kecedaraan yang memerlukan jahitan dekat pipi. Tapi Alhamdulillah keadaannya x serius.

Arwah tinggalkan 3 orang. Seorang isteri, 2 anak kecil..

Kakak saya, isteri arwah sekarang sedang pregnant. Usia kandungan dalam 3 bulan camtu lebih kurang.

Anak mereka yang sulung tahun ni akan berusia 7 tahun. Umur dia waktu kejadian baru 6 tahun 10 hari sebenarnya.

Yang kedua baru 3 tahun. Semalam (16/1/2018) dia sambut ulangtahun ke 3.

Sedih.

Ini adalah "kehilangan" pertama dalam keluarga kami. Macam ni rupanya rasa kehilangan org yang sangat dekat ngan hati kita... Tapi sesedih-sedih saya, saya tau ada hati yang lebih berduka.

Anak-anak yang masih kecil tu mungkin blm faham lagi maksud sebenar kehilangan yang abadi ini.

Arwah abang ipar tu memang  tersangat baik. Seorang yang x pernah lokek dalam apa jua hal. Ayah yang sangat penyayang dan rajin melayan anak-anak. Suami yang loving & caring utk kakak saya. Ahli keluarga yg sangat best untuk kami semua.. Senang kata dia insan yang selalu memudahkan kerja orang lain.

Kami semua memang terasa betul  dgn permergiannya yang secara tiba-tiba ni.

Walaupun Allah pinjamkan dia sekejap je pada keluarga saya, tapi saya sangat bersyukur sbb dpt kenal org sebaik dia.

Semoga rohnya di masukkan di dalam kalangan orang beriman.

Dan semoga kita semua dapat berjumpa semula di syurga nanti...

Untuk kakak saya, saya doakan dia kuat. Semoga Allah gantikan kesedihan ini dengan kebaikan dan kegembiraan yang berlipat kali ganda di masa akan datang.

Semoga semua urusannya dipermudahkan.

Semoga anak-anaknya akan terus mendapatkan kasih sayang yang mecurah-curah, walaupun bkn dari insan yang bergelar ayah untuk waktu ini....

Allah sedang uji kita semua sebenarnya.... :(