LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Tuesday 24 May 2016

Anas is 1 year young !!

Dedicated to my beloved son, Anas

Semua momen waktu Mama lahirkan awak, Mama dah tulis dalam entry ni--> Pengalaman Melahirkan Anak Kedua. Rasa macam baru sangat kejadian tu berlaku, tetibe rupanya awak dah 1 tahun...

24 Mei… 

Awak lahir pada tarikh ini tahun lepas.

Kelahiran yang sangat mudah. Hampir semua doa & impian Mama waktu melahirkan awak dimakbulkan.


Awak lahir pada subuh yang tenang, x lama lepas azan Subuh berkumandang. X perlu queue nak masuk LR sebab waktu sampai Hospital pun condition memang dah memerlukan terus masuk LR. Sakit contraction jam2 pertama tu masih mampu ditanggung. Cuma dah last2 tu je baru rasa x tahan sampai terus ajak Papa g sepital. (Nasib baik awak x keluar waktu dalam kereta)..

Perjalanan dari rumah ke hospital sangat smooth sebab waktu tu jalanraya masih kosong. Awak lahir pada hari Ahad. Memang Mama selalu berdoa supaya awak keluar waktu cuti, jadi Mama x perlu nak ambil cuti awal sebelum bersalin. (Jumaat sebelum awak keluar, Mama still pergi office kerja mcm biasa. Malah, Sabtu tu kita siap jalan2 kat shopping Mall berjam-jam lagi)

Tapi part yang Mama berangan nak make up cantik2 macam Che Ta sebelum bersalin, Mama x dan nak buat.. Tengah sakit malam buta memang terlupa terus impian yang satu nih..Haha 
Selamat Hari Lahir yang pertama , Muhammad Anas Ukasyah kesayangan Mama!!
Semoga awak membesar dgn baik dan sempurna.
Semoga membesarkan awak semudah mengandungkan awak & melahirkan awak ke dunia 

Pencapaian Anas :-
Perkataan (yang difahami) : Allah, Mama, Papa, baba (babai), ok’owww…

Aktiviti kesukaan : Berlari (still tergolek2) , memanjat , berebut mainan ,menangis pada waktu x perlu pun nangis camtu, buat mimik muka pelik2 
Gigi : 4 batang

No special celebration for you, Sayang.. Sorry :( .. Awak pun belum pandai tiup kek/makan kek lagi,kan ..hehe..

Tahun ni Mama bagi awak hadiah sepasang baju yang comel je ye sebab banyak baju awak dah x muat. Sian awak, asyik mewarisi baju Abang Syafi je kan... 

Apa pun, sile tahu bahawa Mama sayang Anas sangat2... Kalau diberi peluang sekali lagi untuk bersalin + lahirkan anak semudah apa yg Mama lalui waktu mengandungkan + melahirkan awak, Mama sanggup!! Tiap tahun pun xpe..Hahaha.. Jadi anak yg soleh ye, sayang...