LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Monday 6 August 2018

Latih Anak Tidur Sendiri



Syafi dah berumur 5 tahun pada 2018 ni. Jadi, antara perkara yang Mama memang nak sangat Syafi capai di usia ini adalah tidur sendiri dalam bilik yang berasingan. 


Sebenarnya sejak dia umur 4 tahun dulu kami memang dah pernah pujuk dia supaya tidur sendiri. Tapi gagal. Mungkin waktu tu Mama Papa pun belum betul-betul bersedia nak latih dia berpisah tempat tidur dengan kami kot.

Tahun ni, nak tak nak Mama memang kena lipatgandakan usaha. Kenapa Mama? Sebab Syafi adalah anak manja Mama..Haha.. Sebenarnya Syafi tu kena ada Mama peluk dia, tepuk dia, baru dia nak tidur. Jadi langkah pertama nak ajar dia tidur sendiri, Mama pastikan dia bukan tidur sebelah Mama walaupun waktu kami masih dalam 1 bilik yang sama. Maksudnya, kalau selalu tu Mama tidur di antara Anas dan Syafi, Mama ubah tempat tidur supaya Syafi tidur sebelah Anas.

Meskipun begitu, sekali sekala dia tetap nak kena peluk. Maksudnya, Mama kena peluk Syafi dan Anas dalam sekali pelukan..Pastu Anas akan menjerit2 x selesa sebab sempit terselit kat tengah-tengah. Lepastu diorang pun bergaduh sebelum tidur. Haha.. Akhirnye kang Mama malas nak peluk dua2. Setel ;p  

Beberapa minggu yang lalu, Mama mintak izin daripada Papa untuk temankan Syafi tidur dalam bilik Syafi sendiri. Papa bagi lampu hijau. Bila Syafi dah tidur nyenyak, Mama pun perlahan-perlahan pindah bilik Mama sendiri, join Papa & Anas. Tapi masalahnya, Syafi ni kadang-kadang tersedar tengah-tengah malam carik Mama. Huu..


Kadang-kadang pukul 3 pagi dia datang  carik Mama kat bilik Mama. Mama ni dengan penuh  kasih sayang seorang Ibu selalunya akan ajak Syafi masuk balik semula bilik dia.Seboleh-bolehnya Mama tak nak offer dia join tidur dengan kami walaupun time tu mata Mama macam dah melekat tak boleh di bukak. Huu..Kenapa? Sebab nak dia disiplin dan faham yang dia dah tak boleh tidur kat bilik tu lagi.. Jadi Mama akan temankan dia sampai dia tertidur balik semula dalam bilik dia. Kadang tu kalau Mama dah x sedar,  Mama tidur je dalam bilik Syafi sampai pagi. Nasib baik Anas jarang meragam waktu malam. Dia boleh je tidur berdua dengan Papa. Anas memang ok je tidur kat mana-mana, asalkan ada Mama/Papa temankan dia. 


Minggu lepas, Mama dapat idea baru. Mama offer dia, kalau dia dapat tidur sendiri dalam bilik dia sampai pagi dalam masa 30 hari dengan syarat Mama tak payah temankan langsung &  tak payah masuk bilik Mama tengah2 malam, Mama akan bagi Syafi reward.  Bagi mencapai misi ini, Mama buatkan jadual untuk Syafi tidur sendiri selama  30 hari. Setiap kali Syafi berjaya, pagi tu Mama akan bagi 1 bintang ★. Bukan itu saje, Mama jugak setuju bagi hadiah istimewa untuk Syafi kalau Syafi berjaya selesaikan misi ini.. Hadiah apekah itu? Hadiah yang dia sangat suka, dan  memang pasti dia nak sangat bende tu (mainan yang berkaitan dengan Boboiboy..Hahaha) ..Akhirnye Syafi setuju dengan tawaran Mama. Yeay, sungguh menakjubkan sebab dia setuju tanpa banyak soal...Haha.. I am a happy Mama 😅😅😅


Dan bermula dari 30/7/2018 yang lalu, Syafi telah pun memulakan misi ini. Alhamdulillah setakat seminggu ini belum ada sebarang masalah. Adalah sekali dua dia buat muka sedih, tapi tak lama pun. Selalu antara 5-10 minit lepas dia tutup pintu, Mama akan jenguk bilik dia untuk tengok keadaan dia. Waktu tu dia dah tidur nyenyak dah pun selalunya..Haha..😁

Mama harap, dia akan berjaya selesaikan misi tidur sendiri untuk 30 hari ni sampai akhir. Lepas tu Mama doakan supaya bila dah tamat tempoh 30 hari ni nanti, dia dah boleh teruskan rutin tidur sendiri  J