LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Wednesday 15 November 2017

Pembedahan Tonsil Anak Saya -PART 2-.

Sambungan dari Pembedahan Tonsil Anak Saya -PART 1-


Punye la lama masa yang perlu di ambil untuk buat entry sambungan kisah pembedahan tonsil Syafi ni.. Haha.. Kemalasan yang amat di situ.. Memandangkan lama sangat x tulis, dah hampir2 lupa pun kejadiannya..Ahaha

Syafi kena admit masuk ward pada 31/5/2016 memandangkan operation  membuang tonsilnya akan dijalankan pada pagi 1/6/2016 (Rabu). Sebenarnya, hospital ada bagitau supaya datang check in bila diorg call. Kitorg ni saje la keluar rumah lepas asar ingatkan boleh la uruskan check in petang tu (time ni aku terpaksa tinggalkan Anas jap kat rumah BS)..Tapi sampai lepas Magrib diorg still x call..Kitorg siap pegi jalan2 & makan Pizza Hut dulu kat Aeon sebab lama sangat tunggu.. 

Maka pizza size large dulu sebelum kena berpuasa :)



Akhirnye check-in sepital sekitar pukul 9.30 malam jugak la, katil penuh sangat katanya. Serius penat... En.Asben jaga Syafi kat sepital  malam tu. Lepas setelkan semua urusan, aku balik rumah sebab kena jaga Anas..Sampai rumah lebih kurang pukul 11 malam oi..

Esoknye, aku x sempat nk jumpe Syafi sebelum dia masuk operation theater (O.T) . Banyak bende nak buat, jadi memang agak terkedek2..En.Asben pun memang da bagitau, x payah la rushing2 utk pegi sepital pagi2 sangat sebab dia akan uruskan apa2 yang patut.. 

Masa aku sampai sepital, Syafi baru je masuk dalam O.T. En. Asben cerita kat aku, Syafi dah start kena puasa malam tu. Pagi tu nurse suruh Syafi pakai baju O.T, memula Syafi x nak... Setelah di pujuk2 nak bagi dia adiah klu dia pakai bj tu, baru la dia nak pakai..Baju tu kiut kot..Around 8 pagi camtu dia dah di sorong masuk ke dalam O.T..Dalam bilik O.T, lepas pakar bius bagi Syafi bius, terus je Syafi tidak sedar.. En. asben cakap time ni air mata jantannya menitis... Huhuhu.. Lepas tu En. Asben kena tunggu kat luar.. Ha time En.Asben tunggu kat luar tu la baru aku sampai..Ahahaha..

Ready nak masuk operation theater 


Around 10.30 pagi (rasanya la sebab da x brapa ingat) , Nurse bagitau operation da siap & Syafi da sedar. Mereka cuma benarkan sorg je ibu/bapa masuk dalam wad tu. Kali ni aku pulak yang amik alih tugas. Masa masuk dalam tu, dari jauh da dengar suara Syafi meraung2 carik Mama dia.. sedih ok :(  Pastu dia jerit2 cakap sakit. Aku pun pujuk la dia, peluk dia suruh dia bertenang.. Tapi sebab dia tu memang kuat, terpaksa la beberapa nurse dengan doktor datang tolong aku..Jarum yang drip kat tangan tu pun siap terbukak waktu Syafi meraung2.. Huhu.. Pas dia da ok sikit, barulah dia bertenang & pastu tidur balik semula.. Sian sangat tgk dia..

Alhamdulillah pembedahan berjaya & selamat. Selamat tinggal, tonsil


Lepas beberapa jam operation baru boleh makan. Kesian dia kelaparan

Lapar lagi. Walaupun tekak sakit, tapi sebab lapar maka dia gagahkan diri untuk makan..Hahaha

Hari Kedua selepas pembedahan : Duduk di hospital ditemani Boboiboy dan kengkawan. Bahagia. 

Food again, please 

Hari Ketiga selepas pembedahan : Dah balik rumah. Kaler putih2 di sekitar tekak tu adalah normal sewaktu proses pemulihan.

Hari Ketiga/Empat selepas pembedahan : Lemah tak bermaya

Masih banyak tompokan putih di tekak. Sorry, Gambar x jelas sebab pesakit x bagi kerjasama..Hihiks


Hari Ke Tujuh / Lapan  selepas pembedahan : Demam. Dia tanya aku "Mama x nak jaga Syafi ke? Syafi x sihat..." (selalu aku antar kat babysitter je biar dia rehat dengan selesa) .. Tapi sebab sedih dengar dia soal camtu, aku pun bawak dia pergi office..  Maka dia dijaga sepenuhnya oleh penjaga & nurse paling penyayang, Mama :(

Tak lama lepas tu dia semakin sihat. Proses penyembuhan bagi usia kanak- kanak ni Doktor cakap dalam seminggu dua je. Lebih cepat berbanding orang dewasa.

Alhamdulillah lepas operation buang tonsil ni, memang jarang Syafi demam sekarang.

Jadi kalau ada ahli keluarga korang yang asyik demam sebab tonsil, kalau doktor advise buat pembedahan buat je cepat2 supaya x kerap demam lagi... In Shaa Allah x de pape la..Jangan risau 

:)


COOKIE SUBWAY PERCUMA !!!!

Nak Cookie Subway percuma tak??



Mesti ramai je yang tau sekarang Subway ada buat promosi kupon secara online yang membolehkan korang beli set combo ( Roti 6" + Air 16oz) pada harga RM10.90,kan?
Pada yang tak tau, boleh check link ni
-->  www.subwayvaluecoupons.com

Tapi set tu takde cookie. So camne korang nak dapatkan cookie secara percuma?

Kalau korg ada resit pembelian Subway yang terdahulu, korang cuma perlu buat 1 minute survey kat link ni

Pastu kang dapat la no kod. Ha kang tulis no kod tu siap2 dekat resit lama tersebut, pastu waktu nak bayar harga food yang korg beli nanti, korg tunjuk la resit yang lama tu pada hakak/abam cashier tersebut. Nanti korang layak dapat 1 cookie secara percuma tau. Yeayy.. Extra jimat di situ, bukan?

OK, selamat menjamu selera dengan gembira


p/s: Ni post sesaje, tidak ditaja oleh Subway pun 
Contoh menu