LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Friday 9 March 2012

DI MANAKAH EMAIL TERSEBUT...

Kehadapan email yg dinanti2kan sejak 4 hari yg lalu....

Bilakah kau mahu masuk ke alam peti inboxku? Tahukan dikau bahawa aku sungguh tidak sabar2 lagi mahu melihatmu...Setiap pagi, tatkala aku duduk menghadap PC, aku akan sepantas mungkin melihat inboxku...tahukah dikau bahawa setiap kali itulah apabila mengetahui kau masih tiada di situ, aku berasa hampa dan kecewa...

Aku terpaksa meneruskan penantian ini...ahhh... sukarnya.... Untuk menghantar SMS terus kepada "bakal pengirimmu", aku berasa malu... Takut juga jika dia menganggapku gelojoh dan tidak tahu sabar.. lantaran itulah aku membuat keputusan untuk terus menanti mekipun dalam hatiku ini menggelodak rasa yang tidak mampu aku lafazkan...

Aku akan memberi tempoh hingga hari esok...seandainya sehingga habis waktu pejabat kau masih tidak mahu memunculkan diri ke dalam inbox emailku, aku tidak akan teragak-agak mengSMS kan bakal pengirimmu...Biarlah apa pandangannya terhadapku nanti..asalkan esok akanku pastikan hatiku tidak keruan lagi~~~

P/s: mari mengarut setelah sekian lama tension tunggu email penting yg masih tak dapat2... :p


No comments:

Post a Comment