LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Wednesday 22 April 2015

Kisah pokok di belakang rumah

Masa awal2 kami pindah ke rumah sekarang, kami memang berniat nak gunakan tanah extra kat belakang rumah tu utk menanam bermacam2 hasil bumi.. Ekeke..Hasil bumi la sangat.. Tapi sebenarnya, kami bukan orang yang memula menanam tanaman di belakang rumah kami sendiri..Kekekeke

1st time ayah mentua aku datang rumah (few months after kami pindah rumah), dia datang sambil membawa beberapa jenis pokok utk ditanam kat tanah belakang tu. Bagus sangat kan ayah mentua aku tu.. Dia bawak pokok ubi, pokok pisang emas ngan pokok serai.

Yang serai tu Alhamdulillah memang rimbun.. Kami ada 2 rumpun serai.. Dua2 rimbun dan gumuk2 belaka..Alhamdulillah...

Kisah pokok ubi pulak begini..Pokok ubi kami pun agak besar & gemok, tapi sepanjang kitorg dok rumah ni, kitorg x pernah pun cabut ubi tu sebab konon saje je la nak biar dia membesar biar redup sikit daripada sinaran mentari..Hahaha.. Alasan sangat kan.. Lagipun, dah tau dah kalau ubi lambat dicabut, kompom la dah jadi kayu kan dalam tanah tu... So selama hampir 2 tahun kami ddk rumah tu, kami biarkan je pokok tu membesar tanpa dicabut...
Tapi baru2 ni, En.Asben cabut semua pokok ubi tu sebab dia kata daun2 pokok ubi tu cam ada getah kaler putih2..Pastu jadi tempat lalat melepak agaknye.. So En.Asben buang semua..Tamatlah riwayat pokok ubi di belakang rumah kami tanpa kami sempat merasa pun hasilnya... X pelah..x de rejeki..


Pokok pisang punye kisah lagi best.. Sejak awal2 ayah mentua aku tu tanam pokok tu, pokok tu hidup camtu jelah.. Nak kata membesar sgt pun idok le.. Tapi untuk mengharapkan pokok pisang tu mengeluarkan buah jauh sekali daripada imaginasi kami.. Mungkin sebab kami x pernah letak baja & x de siram dia kot. Jadi dia hidup la sebatang kara & terabai..Pisang tu pun kitorg saje biar dia hidup belakang rumah, redup la sikit kan..

Tapi kan, x lama lepas En.Asben cabut semua pokok ubi, tetibe pokok pisang kami mula berbuah..Takjub weyh!! Ingatkan xde potensi nk berbuah...

Ni pic yang diambil lebih kurang ssekitar Disember, 2013. Waktu ni En.Asben gigih bersihkan belakang rumah guna gunting..Haha * so x logik*.. Mase ni, pokong2 sekalian baru berusia beberapa bulan sahaja.



Buah hampir masak..Banyak gak kan buah dia.. Buah sulung pokok pisang kami :)



Pokoknye besar cenggitu je pun..Kurang zat agaknye...Mihihihi :D




Buah yang dah masak..
   

Bungkus siap2 nak bagi jiran tetangga ngan BS Syafi...


Seronok kot tgk pokok pisang dah berbuah.. Betul2 sebelah pokok tu skang dah ada sebatang lagi anak pokok pisang yang sedang membesar..Agaknye kne tunggu 2 tahun x baru dapat makan hasilnye? Hahaha

Sungguh x rugi berbudi pada tanah.. Lambat atau cepat In Shaa Allah akan dapat hasil..Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment