LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Monday 6 June 2016

Pembedahan Tonsil Anak Saya -PART 1-

Sekitar bulan April dulu, Syafi ada demam. Dia tu kalau demam, memang agak teruk la. Suhu tinggi, x lalu makan, muntah2, dan demam kadang tu sampai seminggu x elok2..

Waktu dia demam, aku bawak dia pergi klinik biasa. Doktor memang sahkan dia ada tonsil..Tekak bengkak. Doktor tu pesan , kalau dia still demam lagi, kena refer dekat hospital.



We went to the clinic. Dating berdua :)

Sebenarnya, tu bukan pertama kali Syafi disahkan ada tonsil. Cumanya aku & husband x de lah anggap perkara tu serius sangat sebab selalu tu lepas makan ubat & antibiotik yang doktor bagi, In Shaa Allah dia akan sembuh.

Tapi kali ni, lepas 2 minggu dia sihat, dia demam balik semula on off. Yang buat kami start risau ialah, nafas dia berbunyik kuat sangat. Kalau tidur tu, bunyik berdengkur dah macam orang tua.Nak tarik nafas pun cam susah je, dada siap berombak2.. Memang la kesian tgk keadaan dia.. Kadang tu, bila dia duduk saja pun nafas dia berbunyik jugak cam orang tengah berdengkur!! 

So satu hari tu En.Asben bawak Syafi pergi klinik kesihatan Lukut bila tengok Syafi cam susah nk bernafas. Doktor tu check punya check, dia kata tonsil Syafi memang kelihatan agak besar..So dia suggest g jumpa pakar ENT di Hospital Port Dickson.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami decide haritu jugak kami bawak Syafi pergi jumpe pakar ENT di Hospital KPJ Seremban sebab kalau g government hospital, kena melalui beberapa prosedur yang akan mengambil masa. Mak paknye x de masa nak tunggu lama2 sgt..

Di KPJ Seremban, kes Syafi dirujuk kepada pakar ENT, Prof.Dr Primuharsa Putra.. Nama dia memang unik,kan :) A very nice doctor I would say. Kali pertama dia jumpa Syafi, dia check condition Syafi & dia suggest agar Syafi buat pembedahan sebab bengkak dekat tekak Syafi tu memang agak besar. Dia kata paling cepat boleh buat pun next month ( sekitar Mei) sebab waktu tu dia cam agak busy. Doktor tu bagitau, kalau nak operate, keadaan patient mestilah sihat walafiat, X boleh demam/batuk/selesema pun.

Pada 30/5/2016, kami pergi sekali lagi ke KPJ sebab doktor nak tangok keadaan Syafi. Masa tu belum tau pun lagi memang dia perlu buat operation ke x sebenarnya. Lepas doktor check condition dia, doktor cakap doktor boleh buat operation pada 1/6/2016. Seriously, sebenarnya aku cam x ready lagi dengan operation yg dibuat secara short notice camtu .Tapi setelah menimbangkan banyak faktor, aku redha.. Just mengharap yang terbaik je untuk Syafi :'(




Tu gambar tekak dia. Nampak x tonsil tu besar. Walaupun dah x de demam/batuk, saiznya memang sentiasa besar camtu... Sebab tu doktor suggest untuk buat operation. Sooner or later, memang still kena buat. Cuma kalau buat waktu kecil, lebih cepat pulih (katanya) , x de la ganggu sgt pembelajaran bila dah start sekolah nanti sebab asyik demam, etc etc....

-bersambung ke post seterusnya -->pembedahan tonsil anak saya-PART 2





3 comments:

  1. Operation dkt kpj berapa ye? Sy pun plan nk ke kpj, gomen pnye hospital prosedur dia lama sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami guna medical card...tak silap saya kalau ikutkan bil adala dalam RM 9 K ++

      Delete
  2. Anonymous17:45:00

    Salam sis, sy nak baca part 2 pls

    ReplyDelete