LAVENDER'S STORY

LAVENDER'S STORY

Friday 22 January 2016

Review : Breast Pump Eve Love Lily

Anas dah dekat 8 bulan baru terasa rajin nak buat review pasal breast pump Eve Love Lily ni..Hihi..

Aku beli Breast Pump ( BP) ni sebelum aku bersalin. Mengikut pengalaman aku yang terdahulu, aku yakin bahawa breast pump merupakan must have item untuk aku. Due date melahirkan Anas adalah sekitar Mei 2015. Jadi beberapa bulan sebelum tu aku memang dah start survey breast pump apa yang aku nak guna memandangkan breast pump Autumnz yang aku guna waktu Syafi kecik2 dulu la rosak.

Ikut hati, sangat lah teringin nak memilik BP Medela Freestyle..Sape yg x nak good stuff cenggitu..Tapi harganya mahal hoih :'( Rasa cam berat hati nak keluarkan duit banyak2 semata2 untuk dapatkan breast pump itu sebab duit x banyak..Haha..Tapi hati tu teringin sangat model yang membolehkan kita mengepam sambil beraksi bebas (ala2 Medela Freestyle)..So google sana google sini, aku jumpe la kewujudan BP Eve Love Lily.. Sebelum tu memang x tau pun ada BP jenama ni.. 

Waktu tu, banyak peniaga online buat offer harga promosi sebelum GST. Kalau beli lepas bulan April 2015 harganya dah lain sikit (kata mereka la..I dunno betul ke x).. So akhir bulan March tu aku dapat grab set BP ni pada harga pakej iaitu RM500 termasuk few free item..Aku beli kat FB --> Eve Love Sdn Bhd. Kire kompomlah aku x beli Medela Freestyle yg aku idamkan itu..Sobssss...


Ini lah item yang ada dalam set Eve Love Lily.. Pastu pakej yang aku beli tu dapat barangan percuma jugak iaitu  Cooler Bag 2 In 1, Ice Brick, Plastic Storage (1 box) ngan breast milk storage bottle (1 box/ 6 bottles)..

Dua hari selepas buat pembayaran, barang ni pun selamat la sampai ke tangan aku...







Barangan yang ada dalam set BP Lily selain motor pam tu ialah :-

Dalam kotak tu jugak diorang bagi free 1 Bustier standard saiz .(ni ala2 macam bra yang membolehkan kita pam secara freestyle)- Tapi aku x pernah guna..Haha  



Apa yang jadi kriteria utama aku pilih pam untuk kali ni?

1. Boleh Freestyle : checked (padahal bukan mengepam sambil buat aksi bebas sangat pun..Hahahaha)

2. Harga - Checked. Kire untuk aku, dalam bajet mampu milik (kalau Medela Freestyle tu cam tahap sukar dimiliki )


3.  Saiz -Sebenarnya aku harap saiz dia lebih kecil berbanding yang ni. Ni bentuk dia cam radio mini la aku rasa..Haha..Sebab segi empat kot..Kikiki


4. Electric - Checked. Yang best pasal BP ni aialah, ianya dibuat secara built in rechargeable battery. So tiap malam aku cas siap2, esok tinggal guna je xpayah nak kena sambung kat plug. Memang agak mudah. Tapi terpikir jugak, kalau tetibe battery dalam tu rosak/ adapter x ley function kang x masal x de option lain dah kan.. Dia x de option guna battery 3A tu tau..Kire memang guna built in battery semata-mata.

5. Bunyi - Checked. Pada aku, buyik pam ni memang agak slow.


6. Senang- Checked. Senang disini ialah part2 dia mestilah senang nak dipasang dan di dismantle.Dan harus juga senang nak dicuci..Anti-backflow kit seperti gambar di atas tu adalah optional..Aku memang x pernah guna langsung sebab saiz dia cam besar. Lagipun malas nak pasang banyak2 barang.. Dasar pemalas tau..Haha..Cara nak guna pun mudah saje, x rumit langsung..Memula kite guna stimulation phase, tujuannya utk massage breast and trigger let down reflex. Pastu kang bile susu dah keluar, boleh proceed ke expression phase pulak.. Ada 4 Suction Level..Terpulang la nak kuat camne kan..O ye, pam ni ada frequency mode button tau.. kalau tekan button ni, susu akan keluar lagi cepat..



So persoalannya best ke tidak BP ni?

Jujurnya... MEMANG BEST.. Proses mengepam susu memang jadi mudah. Luckily la aku dah sediakan BP ni sebelum bersalin kan.. X silap aku dulu hari ke 3 bersalin aku dah mula mengepam . Nak guna single boleh, nak guna double pun boleh.. Depends.. Cuma personally, aku rasa, kalau guna single macam lagi laju susu keluar untuk dapat sebotol penuh..Pastu sambung pam lagi sebelah pulak untuk dapatkan 1 botol penuh lagi... Kalau guna double, susu memang keluar jugak, cuma nak penuhkan 2 botol tu macan lambat sikit berbanding pam secara single... Lain orang lain kot kesannya ek..

Dia punye suction pun ok la..Lebih kurang cam suction bayi. So far, pam ni memang amat membantu aku membuat stok susu yang menimbun kat rumah tu, Alhamdulillah...

So ape pulak yang x best pasal pam ni?

1. Pam aku ni  terpaksa di servis sebanyak 2 kali. Kali pertama waktu Anas berusia less than 3 month. X tau kenapa, tetibe dia jammed. Memandangkan  still under warranty, aku pos BP tu kat HQ dia di Shah Alam. Masa tu lambat gak diorg nak return semula barang tu pada aku..Mungkin sebab kebetulan waktu tu musim perayaan, so semua orang bz.. Seminggu lebih jugakla baru aku terima BP yang siap diservis.Tapi sebenarnye spi skang aku x tau kenapa pam tu jammed tetibe..


2.Yang kali kedua tu pulak, pam ni buat hal waktu Anas berumur 6 bulan lebih kurang. Yang kali kedua tetibe suction dia jadi slow yang slow gile2..Nak dapatkan 1 botol pun hampir 1 jam..Sedih.. . Stress gile kot waktu tu..Ingatkan ada part dia yang bocor ke ape ke, tapi tidak ye..Motor pam tu yg punya hal sebenarnya.. Yang kali kedua tu, dalam tempoh 2 hari selepas dihantar, diorg dah pulangkan balik pam tu pada aku.. Nasib baik pantas & efisyen gak la kan. Tapi sedihla jugak, x sampai setahun guna dah kena servis sampai 2 kali..:(

3. Aku mengharapkan dia punya motor akan muncul dengan saiz yang lebih comel dan ringan supaya boleh digantung /letak dalam poket sambil mengepam..Barulah lebih efisyen untuk buat freestyle..Ye dopp..

4. Aku juga mengharapkan agar pam tu mempunyai option tambahan seperti boleh guna battery biasa / convert jadi manual. Mane r tau tetibe x de karen ke ape ke kan, at least x de r terkapai2 ku kelemasan..Eh tetibe..Haha


So begitulah review mengenai pam ni.. Dah hampir 8 bulan pam ni membantu aku, almost everyday.. Semoga dia akan terus berbakti pada aku dengan penuh cemerlang.. :)


8 comments:

  1. Anonymous14:23:00

    Hm I punya baru 5 bulan guna 4 kali hantar g servis balik sbb motor dia. Nak kata cara guna salah dah betul betul ikut technician ajar. Jatuh mmg jauh sekali memandangkan dia fragile sgt. Sekarang ni battery pulak masalah. Charging sepanjang malam dapat 20% je. Tak boleh pump sambil charge jugak. Stressssnya rasa. Tapi suction dia saya suka.....laju je keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu pam rosak mmg stress kan..mengganggu mood sungguh...U dah repair x pam U? Bertabahlah Mommy!!! :)

      Delete
    2. Masalah macam sama je.. masa mula2 dlu pakai 3 hari caj naik 30 je..

      Delete
  2. Huhuhu breastpump eve love lily mmg amat mengecewakan dr segi mesin.. dah 2 kali htr hq.. semua masalah bateri.. dah ganti yg baru pulak kali ni, timbul masalah tak boleh masuk charge pulak.. huwaaaa.. tgk mesin dibuat tahun 2014.. mcm nyesal pulak bli brand ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan htr hq mn ye. sy pun breat eve love rosak, xth nk htr mn. waranty ade lg. cb hubungi no kat waranty tp xdpt
      .

      Delete
    2. Dulu saya hantar servis dekat HQ di Shah Alam.. Alamat sama mcm dekat warranty card tu

      Delete
  3. Hampir terbeli. Nasib waktu tu cimilreF1 nak clearance stok. Harga murah dari pasaran. Kecomelan cimilre menyebabkan Tak jadi ambik bp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk anak ketiga pun saya pakai Cimilre F1... Sangat best kan๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete